Matahari Buatan China Catat Rekod Baru Suhu 70 Juta Darjah Celsius, Lima Kali Ganda Lebih Panas

Sekadar gambar hiasan

Negara China telah mencipta sesuatu yang luar biasa iaitu matahari tiruan atau lebih dikenali sebagai Experimental Advanced Superconducting Tokamak (EAST). Matahari tiruan berkenaan dilaporkan telah mencapai rekod baharu iaitu beroperasi selama 1,056 saat dalam percubaan pada Khamis lalu.

Matahari tiruan berjaya catat rekod baharu

Menerusi laporan China Daily, Kejayaan berkenaan telah diumumkan oleh seorang penyelidik di Institusi Fizik Plasma Akademi Sains China (ASIPP), Gong Xianzu yang bertanggungjawab ke atas eksperimen tersebut.

Walau bagaimanapun ia merupakan pencapaian yang baharu apabila masa operasi matahari tiruan itu paling lama serta lebih panas daripada matahari yang ada di dunia.

Matahari tiruan telah mencapai suhu plasma 120 juta darjah celcius selama 101 saat ketika percubaan separuh pertama 2021.

Namun kali ini operasi plasma dalam keadaan terbaik dikekalkan selama 1,056 saat pada suhu hampir 70 juta darjah celcius dengan meletakkan pepejal asas saintifik dan eksperimen ke arah menjalankan reaktor gabungan.

Dalam pada itu, matlamat bagi EAST adalah untuk mencipta pelakuran nuklear sama seperti matahari dengan menggunakan deuterium di laut untuk menyediakan aliran tenaga bersih serta stabil.

Difahamkan, bahan mentah yang diperlukan untuk membuat matahari tiruan tersebut tiada had di bumi kerana tenaga gabungan berkenaan dianggap sebagai ‘tenaga muktamad’ untuk masa depan manusia.

Sumber : China Daily

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *