“Muka Dia Ada..” (Video) Kecantikan Ank Gadis Mustapha Kamal Jadi Tumpuan- ‘Ingat Min4h Salleh Mana Tadi,Cantik Betulll’

Anak perempuan kepada aktor hebat Mustapha Kamal dan isteri Susan Manen, Salsabil Qur’ani mencvri perhatian ramai apabila wajah comelnya itu dikatakan mirip selebriti Hollywood, Kylie Jenner.

Menerusi platform TikTok, Salsabil, 18, yang merupakan anak nombor tiga berkongsi sebuah video bersama Mustapha ketika meraikan ulang tahun kelahiran bapanya itu untuk tatapan umum.

“Happiest belated to my #1 papa @mustaphakamaal. We love you always,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian itu lagi, Salsabil dilihat menari bersama Mustapha sambil diiringi lagu yang menjadi trend di TikTok berjudul Habibi.

Bukan itu sahaja, selain daripada ucapan hari lahir, rata-rata wargamaya tertarik dengan wajah dan aksi Salsabil yang juga dikatakan ada iras pelakon Spider-Man, Zendaya.

VIDEO :

Malah, ramai juga yang mengusik bahawa Salsabil merupakan pewaris bagi Megah Holding, di mana Mustapha sebagai penaung bagi ‘syarikat mewah’ tersebut.

“@kintan:Finally… dah tahu siapa pewaris Megah Holding.”

“@virgo:She reminds me of young Kylie Jenner?”

“@Bella:Ingat minah salleh mana tadi. cantik betulll.”

“@Minju suka budu:Zendaya melayu.”

“@:Kylie Jenner is that you???”

“@hda:muka dia ada iras kylie Jenner do.”

“@Aica:lowkey looks like Kylie but also Zendaya WHAT!”

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 500,000 tontonan daripada warga TikTok.

“@hda:muka dia ada iras kylie Jenner do.”

Sekadar info, selain Salsabil, Mustapha dan Susan dikurniakan tiga orang lagi anak iaitu Sabella Qawiema, Aulia Qayyiem dan Naqli Qaddiem.

Sumber : Tiktok

Bekɑs Ratu Cantik & Bergelɑr Nenek, Datin Paduka Susan Manen Ni Bukan Calang2 Orang

Aura Ratu Cantik Malaysia 1993 ini masih memukau walaupun beliau kini sudah pun bergelar ibu kepada empat anak!

Membintangi drama bersiri Pengantin 1 Malam dan Perempuan Tanpa Dosa, kecantikan Datin Paduka Susan Manen Ibrahim dalam drama tersebut ternyata menjadi bualan ramai. Apatah lagi dalam usia lewat 40an, Datin Paduka Susan masih kelihatan anggun dan awet muda.

Pendek kata, kalau orang kata anak dara pun mesti ramai yang percaya. Beliau sememangnya seorang wanita cantik!

Hakikatnya selain rajin menjaga kesihatan dan kecantikan diri, isteri Datuk Paduka Mustapha Kamal ini juga difahamkan mempunyai darah kacukan Inggeris, Portugis dan Sinhalese.

Selepas berjaya menjuarai pertandingan Ratu Cantik Malaysia, populariti Datin Paduka Susan terus melonjak dalam industri seni apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Penyu arahan Z.Lokman

Pada tahun 1998, Datin Paduka Susan membuat keputusan memeluk agama Islam dan berkahwin dengan aktor berbakat besar, Datuk Paduka Mustapha Kamal. Sebaik mendirikan rumah tangga, beliau memperlahankan kerjaya seni demi memberi tumpuan kepada keluarga dan anak-anak.

Hasil perkongsian hidup selama lebih dua dekad, pasangan selebriti ini dikurniakan empat cahaya mata comel iaitu Sabella Qawiema, 22 tahun; Aulia Qayyiem, 20 tahun; Salsabil Qurani, 18 tahun dan Naqli Qaddiem berusia 10 tahun.

Kemunculan Datin Paduka Susan dalam beberapa drama popular nyata mencuri tumpuan ramai.

Kerap berlakon di samping suami tercinta, kecantikan beliau yang meniti usia 47 tahun cukup dikagumi penonton.

Dengan sepasang mata cantik, hidung mancung dan bibir mungil… tidak hairanlah beliau tetap menjadi buruan pengarah dan agensi pengiklanan.

Melalui perkongsian di media sosial miliknya juga membuktikan Datin Paduka Susan seorang yang aktif bersukan dan gemar menyertai jungle trekking.

Ini rupanya rahsia beliau mampu kekalkan bentuk tubuh seperti zaman anak dara dulu.

Selain aktif mewarnai industri seni negara, Datin Paduka Susan juga semakin rancak mengusahakan bisnes ‘Yummilicious Cakes by Susan Manen’.

Antara menu yang disediakan ialah Sambal Bilis Garing dan aneka jenis kek iaitu Chocolate Indulgence, Chocolate Indulgence Oreo, Chocolate Indulgence Cadbury, Pandan Cheese, Pandan Oreo dan Red Velvet.

Tanggal November 2019, suami tercinta Datin Paduka Susan dikurniakan darjah kebesaran Ahli Setia Mahkota Kelantan yang membawa gelaran Datuk Paduka pada Istiadat Pengurniaan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Kelantan sempena Hari Keputeraan Sultan Muhammad V ke-50, di Istana Balai Besar, Kota Bharu.

Bersyukur dengan pengurniaan darjah yang diterima, Datuk Paduka Mustapha Kamal melahirkan penghargaan buat isteri tercinta.

“Kejayaan seorang suami adalah kerana sokongan, dorongan dan dokongan seorang isteri. Tiga suku kekuatan yang ada dalam diri dan di jiwa suami adalah kerana isteri.

Peranan isteri paling penting untuk kejayaan suami dan keluarga, berkat kesabaran dan kesungguhan usaha. Insya-Allah, Dia Maha Penyayang.”

Perkahwinan Datuk Paduka Mustapha Kamal bersama Datin Paduka Susan Manen merupakan perkahwinan ketiga aktor tersebut.

Menerusi perkahwinan pertamanya, beliau dikurniakan empat orang anak iaitu Darul Amir Hazin, Darul Ali Hafiz, Darul Azam Harris dan Dayang Aimi Shahira.

Perkahwinan kedua pula beliau mempunyai dua orang anak iaitu Ayuna dan Ayuni. Ini menjadikan keseluruhan anak Datuk Paduka Mustapha Kamal seramai 10 orang.

Kredit: Instagram Susan Manen & Mustapha Kamal

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: NONA/Nezpower

Leave a Reply

Your email address will not be published.