Jatuh Terpelecok Masa Tengah Buat Persembahan. Ini Yang Terjadi Pada Kaki Nabila Razali Lepas Jatuh Tu.

Sudah menjadi kebiasaan sesetengah selebriti terutamnya penyanyi apabila menjadi artis yang akan memeriahkan sesuatu majlis sambutan ambang tahun baru baik secara terbuka mahupun acara tertutup. Hal ini samalah seperti yang dilakukan penyanyi wanita, Nabila Razali apabila menjadi selebriti jemputan untuk mendendangkan lagu di majlis sambutan tahun baru yang diadakan secara tertutup.

Namun begitu, situasi tidak dijangka apabila penyanyi lagu Pematah Hati itu tiba-tiba terpelecok dan terjatuh semasa hendak menaiki pentas. Situasi berkenaan telah dimuat naik sendiri Nabila di media sosialnya dengan menulis kapsyen ‘bagaimana dia memulakan tahun 2022’ pada ambang tahun maru malam tadi.

Walau bagaimanapun, tindakan penyanyi itu yang pandai cover selepas insiden memalukan itu mendapat pujian kerana dia tetap bangun dan kembali memeriahkan acara. Dia juga sempat mengucapkan selamat menyambut tahun baru kepada semua yang melihat persembahannya.

Kaki Nabila Razali lbm gara-gara tersandung, tanggung malu depan tetamu – “Sakit hanya satu peratus sahaja”

MALU… Itulah perasaan penyanyi Nabila Razali yang tersandung ketika membuat persembahan di sebuah acara pada malam sambutan ambang 2022 di Menara Kuala Lumpur, pada Jumaat lalu. Akibat dari kejadian tersebut, kaki Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali mengalami sedikit lebam namun tiada kecederaan yang serius.

“Apa yang berlaku pada malam itu memang sesuatu yang sangat tidak dijangka. Kesan daripada tersandung itu, ada lbm sikit. “Tak ada apa yang serius… sakit itu ada la rasa sikit-sikit. Tapi perasaan malu itu lagi banyak. Nak buat macam mana, persembahan perlu diteruskan.

“Saya pun diberi tanggungjawab untuk menghiburkan tetamu yang hadir pada malam itu bersempena sambutan tahun baharu,” kata Nabila kepada mStar. Sebelum ini, video memperlihatkan Nabila jatuh terjelepok ketika berjalan menuju ke pentas dengan diiringi muzik lagu Pematah Hati nyanyiannya mengundang perhatian warganet.

Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi. Biarpun terjatuh tanpa diduga, Nabila yang juga seorang pelakon tetap berjaya mengawal situasi dengan mengucapkan selamat tahun baru. Dalam pada itu, penyanyi lagu Putus ini mengakui rasa sakit hilang disebabkan terlalu malu jatuh di hadapan ramai tetamu.

Nabila menganggap kejadian tersebut menjadi kenangan dan penutup untuk tahun 2021 serta berharap kejadian itu tidak berulang lagi. Nabila dibantu dua orang selepas tersandung. “Ikutkan perasaan malu 99 peratus, sakit itu hanya 1 peratus sahaja. Waktu itu, sebenarnya dah tak fokus nak menyanyi.

“Saya berharap insiden seperti itu tidak akan berlaku lagi… Insya-Allah. Alhamdulillah, semua orang pun terhibur pada malam itu. “Ia sebagai penutup la untuk tahun 2021 saya. Semua orang dari serius, terus gelak ketawa. Dapat pahala juga buat orang tersenyum,” ujarnya.

Rata-rata warganet telah tinggalkan komen yang pelbagai dengan rata-rata berasa kasihan melihat situasi yang tidak dijangka seperti itu. Akan tetapi mereka tetap memberi kredit kepada Nabila kerana masih lagi meneruskan nyanyian dan ada juga mengakui tidak mampu menahan gelak walaupun beras kasihan melihat penyanyi tersebut jatuh terduduk di lantai.

SUMBER: MSTAR

Teruk Dikritik Gara Gara Pakai Tudung Pendek. Tak Boleh Berdiam Akhirnya Nabila Razali Tampil Bersuara Jawab Teguran Tengtang Isu Tu.

Baru-baru ini, penyanyi Nabila Razali menjadi bualan hangat netizen apabila dikritik kerana memakai pakaian yang agak ketat dan bertudung singkat. Membalas kritikan warganet, pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali itu tampil memohon maaf  menerusi temubual bersama pihak mStar.

Mohon maaf, harap peminat doakan

Menurut wanita berusia 29 tahun terbabit, dia menjelaskan akan lebih berhati-hati dari segi penampilannya sebagai seorang muslimah di masa akan datang. “Perkara itu berpunca daripada kekhilafan diri sendiri dan saya ingin meminta maaf sekiranya secara tidak langsung merosakkan pandangan orang ramai.

“Cuma pada malam itu saya mahu kelihatan presentable, tak sangka apabila bergambar nampak lain pula. Harap mereka semua doakan saya agar kekal iqstiqomah, ” ujarnya kepada mStar. Terdahulu, pelantun lagu Peluang Kedua itu ditegur oleh warganet yang mengatakan tudungnya digayakan terlalu singkat apatah lagi kain pada bahagian dada itu menyerupai warna kulit. Mereka memberi nasihat bahawa Nabila akan kelihatan lebih menawan jika melabuhkan sedikit tudungnya supaya sedap mata memandang.

Sumber: mStar (Hawa Soleha Saleem)

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sanggup Cari Alternatif Baru Untuk Tambah Pendapatan. Nabila Razali Dedah Buka Perniagaan Ini Bagi Mengisi Masa Lapang Sepanjang PKP

Sejak pelaksanaan PKP 2.0,ramai masyarakat Malaysia termasuklah artis selepas segala aktiviti hiburan dihentikan buat sementara waktu. Baru baru ini,Nabila Razali ambil langkah berani untuk terlibat dalam perniagaan makanan dengan menjual ayam goreng untuk tambah pendapatan.

Jelas Nabila,“Ini adalah salah satu aktiviti untuk mengisi masa lapang sepanjang PKP, Alhamdulillah saya tak sangka akhirnya ada kedai sendiri.‘Ia adalah pengalaman baru, seronok dan tak sangka PKP ini ada banyak hikmahnya. Jadi apa kata kita cari alternatif untuk tambah pendapatan,” katanya.

Walaupun sibuk dengan perniagaan, Nabila berkata dia masih tidak mengabaikan persediaan menghadapi Anugerah Juara Lagu Ke-35 (AJL) dengan berlatih di rumah.“Dekat rumah saya ada berlatih… saya masih lagi buat persediaan menghadapi AJL. Lagi pun sambil goreng ayam pun boleh menyanyi la,” katanya.Terdahulu, Nabila mengesahkan dia bakal beraksi pada Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-35 untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua.

Dia Menunggu Sesuatu Ini Sudah Lama. Nabila Razali Akui Menangis Selama 2 Hari Hanya Kerana Heart Broken.

Penyanyi Nabila Razali mengakui menangis selama dua hari selepas mengumumkan tidak dapat menyanyikan lagu Peluang Kedua pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik 3 (SFMM 35) baru-baru ini. Jelas Nabila yang disahkan mengalami masalah peti suara memberitahu, tangisan itu disebabkan perasaan ralat kerana sudah lama menanti untuk muncul dalam pertandingan itu sejak lagi Pematah Hati.

“Saya sedih tak dapat menyanyikan lagu sendiri sebab saya sudah menunggu dari lagu Pematah Hati lagi, kali ini masih tiada rezeki. Apabila lagu Peluang Kedua dapat ke semi final Muzik-Muzik 35, saya dapat tahu pula tak boleh menyanyi, hati saya hancur. Dua hari saya menangis! Memang rasa ‘broken heart’. Tapi saya percaya apa yang berlaku ini ada hikmahnya,” katanyaTambah Nabila, dia enggan mengambil risiko untuk meneruskan juga persembahannya kerana risau jangkaan peminat yang meletakkan harapan tinggi terhadap lagu itu.

“Proses ini panjang, ia membabitkan latihan dan sebagainya. Kalau saya buat juga mungkin saya tak boleh beri komitmen dan akhirnya tidak dapat berikan apa yang sepatutnya. Kalau peminat saya dengar dan hasilnya tidak seperti diharapkan ia akan menghancurkan hati mereka pula. Biarlah hati saya hancur awal daripada banyak lagi benda datang kemudian,” tambahnya. Ditanya mengenai penyanyi gantian yang bakal menyanyikan Peluang Kedua pada SFMM 35 nanti, Nabila enggan berkongsi lanjut.

“Insya-Allah, penyanyi gantian ini akan memberikan impak besar daripada apa yang saya boleh bagi. Siapa yang akan nyanyi, tak boleh kongsi lagi. Kalau diberi pilihan, saya tak boleh letak nama siapa-siapa. Cukup untuk saya tahu dia boleh beri rasa dan impak sama untuk SFMM 35 nanti,” katanya.

Pusingan ketiga SFMM 35 yang dijadual berlangsung pada Ahad lalu terpaksa ditunda ekoran penyanyi Alif Satar disahkan positif Covid-19 yang juga terbabit dalam pertandingan itu pada Jumaat minggu sama. Difahamkan pusingan ketiga SFMM 35 itu akan disambung selepas 14 hari iaitu tempoh kuarantin bagi semua kru, pengacara dan penyanyi terbabit tamat.

Peminat Mengharapkan Nabila Razali Ada Untuk SFMM35. Nabila Akui Dia Mengalami Sakit Ini Dan Kerana Itu Dia Tidak Dapat Menghadiri.

Warganet mahu Nabila Razali nyanyi lagu Peluang Kedua di SFMM35. Penangguhan program nyanyian Separuh Akhir Muzik-Muzik ke-35 (SFMM35) disambut baik oleh segelintir penonton terutamanya peminat kepada penyanyi Nabila Razali. Ini kerana dalam tempoh tersebut, mereka berharap penyanyi lagu Peluang Kedua itu sudah sembuh daripada masalah kesihatan dan dapat membuat persembahan tanpa perlu diganti oleh penyanyi lain.

Menerusi laman sosial, rata-rata peminat meninggalkan komen mengharapkan Nabila menyanyikan sendiri lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu dalam merebut tempat ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang akan berlangsung tahun depan.

Menjawab persoalan peminat itu, pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib berkata, impian peminat untuk menyaksikan Nabila mempersembahkan lagu itu berkemungkinan akan tercapai namun bergantung kepada keadaan kesihatan penyanyi itu.

“Kita akan melihat keadaan kesihatannya pada masa itu… jika sudah pulih sepenuhnya besar kemungkinan Nabila akan buat persembahan itu. Sejak awal lagi dia mahu menyanyikan sendiri lagu berkenaan tapi masalah kesihatannya yang agak serius membuatkan pihak pengurusan membuat keputusan demikian” katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Asrul berkata, dari sudut positif penangguhan program nyanyian itu seolah-olah memberi peluang untuk Nabila beraksi semula.

Justeru itu, Nabila memohon orang ramai mendoakan supaya dia segera pulih dan dapat menyempurnakan tugasan tersebut. “Setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah dan mungkin juga lagu tersebut mahu dinyanyikan oleh penyanyi asal. “Nabila minta orang ramai doakan keadaan kesihatannya segera pulih,” katanya.

Nabila minta orang ramai doakan keadaan kesihatannya segera pulih secepat mungkin!

Pada Jumaat lalu, Nabila terpaksa melupakan impiannya untuk menyampaikan lagu Peluang Kedua di SFMM35 kerana masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Mengikut jadual, lagu tersebut akan bersaing di episod ketiga SFMM35 yang sepatutnya bersiaran pada Ahad lalu. Bagaimanapun, salah seorang penyanyi yang telah membuat persembahan pada episod pertama iaitu Alif Satar disahkan positif Covid-19.

Susulan itu, pihak produksi terpaksa menunda program tersebut sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Menerusi temubual bersama mStar baru-baru ini, Nabila mengakui sedang menjalani pemulihan daripada masalah tekak yang berkemungkinan boleh menyebab dia tidak boleh menyanyi dalam tempoh yang panjang.

Nabila Razali terlepas peluang Separuh Akhir Muzik Muzik 35, siapa bakal nyanyi lagu Peluang Kedua?

SUSULAN masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan, penyanyi Nabila Razali terpaksa melupakan impiannya untuk menyampaikan lagu Peluang Kedua di pentas Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SAMM35) pada Ahad ini. Menurut pengurus Nabila iaitu Mohd Asrul Abdul Talib, keputusan itu dibuat selepas mendapatkan nasihat daripada doktor, guru vokal iaitu Datuk Syafinaz Selamat dan komposer lagu tersebut, Hael Husaini serta MFMF. Katanya lagi, biarpun sudah menjalani pelbagai rawatan namun berehat dalam jangka masa panjang merupakan pilihan terbaik buat Nabila.

Nabila alami masalah kesihatan.

“Nabila tak dapat membuat persembahan di SAMM35 pada Ahad atas masalah kesihatan yang tidak dapat dielakkan. Keputusan ini dibuat atas nasihat mereka yang berkepentingan. Pelbagai usaha rawatan sudah dilakukan termasuk khidmat doktor pakar namun berehat dalam jangka masa yang panjang adalah jalan terbaik. Ia keputusan yang sangat sukar buat Nabila berikutan peluang untuk menyanyi di pentas SAMM antara yang menjadi impiannya sebagai penyanyi. Dia sudah menjalani latihan vokal sejak Oktober lalu dengan Syafinaz sebagai persiapan awal. Namun masalah ini dikesan sejak minggu lalu dan menjadi semakin teruk,” katanya menerusi kenyataan rasmi. Nabila sepatutnya menyanyikan lagu Peluang Kedua pada malam Ahad, iaitu hari terakhir SAMM35.

Pihak pengurusan masih mencari pengganti Nabila.

Menerusi temu bual bersama mStar pada Isnin lalu, Nabila mengakui sedang menjalani pemulihan daripada sakit tekak yang berkemungkinan boleh menyebabkan dia tidak dibenarkan menyanyi.

Biarpun begitu, pelakon drama Seindah Tujuh Warna Pelangi ini tetap berusaha melakukan persediaan yang rapi menjelang konsert SAMM35 yang bermula pada Jumaat.

Dalam pada itu, pihak pengurusan Nabila masih dalam usaha mencari pengganti terbaik untuk menyampaikan lagu tersebut dan akan memaklumkan perkembangan mengenainya dalam masa terdekat.

“Pihak kami masih mengusahakan siapa pengganti terbaik untuk lagu ini. Sebarang perkembangan mengenainya akan diberitahu kemudian. Pihak produksi juga sudah dimaklumkan tentang perkara ini,” ujarnya.

Nabila Razali dituduh gadai maruah untuk dapat ‘job’ – “Saya dan team hanya buat kerja, kami tidak pernah ganggu sesiapa”

MENERIMA mesej berbaur negatif itu melakukan perbuatan tidak elok, pelakon dan penyanyi Nabila Razali mengakui kritikan tersebut menjejaskan emosinya. Menurut Nabila, 28, dia tidak pernah mempertikaikan rezeki orang lain dan menegaskan kejayaan yang dicapainya kini datang daripada hasil kerja kerasnya.

“Kritikan bukanlah perkara baharu tapi kali ini paling membuatkan saya sedih. Saya kata saya tidak pernah mempertikaikan rezeki orang lain. “Saya bekerja sangat keras untuk sampai ke tahap ini. Ramai yang DM (mesej langsung) beri kata-kata semangat dan minta saya untuk mengabaikan mesej sebegini.

“Tapi sebagai manusia biasa tipulah kalau saya katakan tidak terkesan dengan komen berunsur negatif seperti ini. Kata-kata kotor yang dilemparkan sangat tidak boleh diterima oleh mana-mana individu pun. “Saya dan team hanya buat kerja kami dan tidak pernah menganggu sesiapa. Untuk masa depan… saya harap tiada lagi komen sebegini,” katanya kepada mStar. Nabila berkongsi paparan skrin mesej daripada pemilik akaun Instagram yang menuduhnya tergamak melakukan perkara tidak senonoh untuk mendapatkan tawaran berlakon di stesen televisyen.

Ramai yang DM beri kata-kata semangat dan meminta saya untuk mengabaikan mesej sebegini.

Malah, individu tersebut juga menghina fizikal dan suara penyanyi lagu Peluang Kedua itu yang disifatkan seperti watak kartun. “Hoi sun**! Kau mengangkang kat orang TV3 mana yang dapat job berlakon ha? Dah la muka hodoh hitam, hidung besar pun boleh jadi heroin. Nyanyi pun macam kartun nak berlakon. Isk geli! Tengok teaser pun meluat dengan suara kartun kau tu. Tolonglah cermin sikit muka tu sedar diri kau tak berbakat. Kau hidup pun makan duit seperti itu sebab tak ada bakat. Kenapa la kau tak mam*** saja!” tulis individu itu.

Dalam pada itu, Nabila memohon maaf sekiranya ada menggores hati mana-mana pihak sepanjang berada dalam industri dan berharap tiada lagi komen atau mesej seperti itu lagi di masa hadapan.

“Saya juga minta maaf jika ada menggores hati mana-mana pihak sepanjang saya berada dalam industri,” ujarnya. Sebelum ini, pelakon drama Seindah 7 Warna Pelangi itu pernah beberapa kali berdepan dengan kritikan terhadap nyanyian dan lakonannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.