“Keluarga Habis RM200 Ribu Upah Bomoh”- “Trągedi Pembvnuhan Along Spoon Masih Segar Dalam Ingatan

Selepas 22 tahun, keluarga Along Spoon masih belum dapat menerima kenyataan bahawa jasad yang dikebumikan adalah jen4zah anak mereka berdasarkan kepa­da keadaan fizikal dan pakaian yang ditunjukkan kepada mereka ketika sesi pengecaman m4yat.

Ibu arwah, Rohani Abdul Aziz, 58, berkata, memang mereka sudah reda dan terima dengan hati terbuka bahawa Along sudah tiada, namun mereka masih belum percaya yang dikebumikan itu ialah anaknya.

“Setiap keterangan dan bukti yang diberikan, masih belum kuat untuk kami percaya. “

Menurut laporan media tempatan, pada 25 Disember 1999 Along Spoon yang berusia 19 tahun dilaporkan hilang.

Pada 6 Januari 2000 iaitu selepas 10 hari hilang, pihak polis menemui m4yat mangsa dalam guni di lereng bukit di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan.

Motif pembunvhan adalah disebabkan suspek, seorang angg0ta polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob cemburu dan menuduh Along mempunyai hubungan $ulit dengan isterinya.

Sehingga sekarang, sebahagian peminat masih menyayangi dan mengingati Along dengan menyimpan pelbagai koleksi barangan berkaitan arwah.
Normala Sabar, 45, berkata, dia mula jatuh cinta dengan kumpulan Spoon melalui lagu Rindu Serindu-Rindunya.
“Saya hanya kenal rapat de­ngan keluarga Along pada 2017 melalui kelab peminat yang ditubuhkan di Facebook,”katanya
 Rossazila Omar, 41, berkata, pertama kali dia berjumpa dengan kumpulan Spoon pada persembahan di sebuah pusat beli-belah di Sungai Buloh, Selangor sekitar tahun 1990-an.
“Along dan anggota Spoon sangat baik dan ramah dengan peminat. Mereka akan balas surat pe­minat dan sebab itu kami masih setia dengan Spoon. “Saya juga membawa keluarga dan peminat-peminat Spoon un­tuk pergi menziarahi kubur arwah.”
 Aslan Abdul Aziz, 40, pula berkata, dia masih menyimpan album Mega Pack Spoon yang mempunyai sebanyak 32 senarai lagu termasuk versi karaoke.
 Sementara itu, sehingga sekarang keluarga Along masih belum dapat menerima kenyataan bahawa jasad yang dikebumikan adalah anak mereka, berdasarkan kepada keadaan fizikal dan pakaian yang ditunjukkan kepada mereka ketika sesi pengecaman mayat.
Ibu arwah, Rohani Abdul Aziz, 58, berkata, memang mereka sudah reda dan terima dengan hati terbuka bahawa Along sudah tiada, namun mereka masih belum percaya yang dikebumikan itu ialah anaknya.
“Setiap keterangan dan bukti yang diberikan, masih belum kuat untuk kami percaya.”Difahamkan keluarga mang$a mengalami kerugian kira-kira RM300K gara-gara panggilan palsu mengenai wang tebu$an penculikan Along Spoon.Malah keluarga juga dah berhabis RM200,000 upah b0moh untuk mencari Along Spoon ketika kehilangannya.Sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Along Spoon atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafie.
Sumber: CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.