Kucing Hampir Tercekik, Lelaki Selamba Hulur Air Undang Ketawa

Ramai yang selalunya bermurah hati berkongsikan makanan sekiranya ternampak kucing jalanan yang berkeliaran di tempat awam. Sama macam situasi yang dikongsikan ini apabila seekor kucing diberikan makanan semasa sekumpulan lelaki ini berada di sebuah restoran.

Di sebalik situasi menyentuh hati itu, ada pula kejadian lucu lain yang mencuit hati netizen pada penghujung video. Semuanya gara-gara reaksi lelaki itu yang menghulurkan minuman kepada kucing tersebut sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya.

@zhfnqddn_Member terlebih bebal mcm ni lah🥲

♬ Monkeys Spinning Monkeys – Kevin MacLeod & Kevin The Monkey

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seekor kucing yang sedang makan di atas meja tersebut. Dalam masa yang sama, mereka yang lain hanya memerhatikan sahaja gelagat kucing itu di situ.

Tidak lama kemudian, kucing itu dilihat seperti tercekik makanan dan mengalami kesukaran untuk makan. Lebih melucukan, salah seorang dari mereka segera menghulurkan minuman kepada kucing itu untuk diminum.

lelaki

Apa yang menarik perhatian ialah kucing itu juga turut kelihatan terdiam sambil memandang ke arah minuman yang diberikan itu. Mana tidaknya, minuman yang diberikan itu berada di dalam plastik dan siap dengan penyedut minuman sekali.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat reaksi lelaki ini. Malah ada yang berseloroh pastinya kucing itu juga turut sama terkedu melihat gelagat lelaki itu memberikannya air untuk diminum.

“Kucing tu stop kejap weh bila member bagi air.”

kucing

“Hahahaha yang bagi air tu sangat membantu do.”

minuman

“Boleh dia hulur air hahaha.”

komen

“Yang hulur air tu dah kenapa hahahaha.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.