(Video) Pindah Sang Bedal Guna 4×4, Abang Bomba Nyaris ‘Terpelanting’ Kena Libas Dengan Ekor Buaya

Baru-baru ini tular satu video di Facebook yang memaparkan beberapa anggota bomba sedang mengangkut buaya besar yang ditangkap oleh mereka.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Amlek Hms itu, anggota bomba di Brunei itu dilihat telah dilibas oleh ekor buaya semasa haiwan tersebut berada di dalam trak pikap.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei berkata bahawa buaya sepanjang 4.5 meter itu berjaya ditangkap pada 5 Januari lalu. Difahamkan seramai tujuh anggota dari Balai Bomba Muara telah bergegas ke tempat kejadian setelah terdapat laporan mengenai gangguan binatang liar di kawasan itu.

“Apabila sampai di tempat panggilan didapati seekor buaya berukuran 4.5 meter panjang berada di dalam longkang berdekatan dengan kedai tersebut,” kata jabatan itu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa yang dilaporkan berlaku.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 155 ribu tontonan di Facebook.

Sumber: BFRD-Brunei Fire Rescue DepartmentAmlek Hms

Kredit : Siakap Keli

Leave a Reply

Your email address will not be published.