Gelagat Rakun Tak Nak Lepaskan Kaki Pekerja, “Swiper Jangan Menggigit…”

Bekerja di zoo mungkin menjadi kerja idaman sesetengah orang terutamanya pencinta haiwan namun ianya tidak semudah yang disangka. Sama macam yang dikongsikan ini tentang gelagat seorang pekerja wanita ini yang terpaksa melayan kerenah seekor rakun semasa bekerja.

Bukan sahaja kelihatan melucukan malah ramai yang turut sama ‘geram’ melihat kenakalan rakun itu mengganggu wanita tersebut. Perkongsian ini juga tular dikongsikan dengan hampir setengah juta tontonan setakat ini.

@99_wonderlandparkSatu gigitan rakun boleh menembusi isi kulit. Never trust them. Comel tapi berbahaya

♬ I Love Mama Mantu – Bulan Sutena

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan seorang pekerja wanita yang sedang berada di dalam kandang yang menempatkan rakun itu. Dalam masa yang sama, rakun di situ bersungguh-sungguh menarik kakinya seperti mahukan sesuatu.

Menurut pemilik video, gigitan dari seekor rakun sebenarnya agak berbahaya oleh itu pekerja itu perlu berhati-hati dengan tidak memberikan kakinya itu. Lebih melucukan, rakun tersebut masih lagi mencuba nasib dengan menarik kaki pekerja tersebut.

rakun gigit

Sehinggalah wanita itu terpaksa beredar ke tempat lain untuk menyelamatkan dirinya dari digigit oleh rakun itu. Melihatkan gelagat nakal rakun ini, netizen juga turut tidak menyangka rakun sebenarnya sangat manja sehingga begitu sekali.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat cubaan pekerja itu menyelamatkan dirinya. Malah ada yang berseloroh mungkin juga rakun itu berkenan dengan stoking yang dipakai oleh wanita itu sebenarnya.

“Patutnya kata: Swiper jangan menggigit….”

rakun

“Saya rasa rakun tu suka stoking dia.”

pekerja

“Ya Allah comelnya dia pusing-pusing semata nak gigit.”

komen

“Boleh tenang lagi tu, kalau aku dah kelam kabut nak keluar kalau rakun tu nak start gigit kaki.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.