(Video) Ingatkan Kepala Anjing ‘Tersadai’ Kat Atas Bumbung, Rupa-rupanya Bukan Bila Toleh

Anjing sememangnya dikenali sebagai haiwan yang agak garang. Ada masanya kalau kita ternampak anjing mesti kita nak lari, lagi-lagi kalau kita berseorangan.

Jika kita ternampak anjing mesti dengan wajahnya yang bengis, macam nak ‘terkam’ orang. Tetapi hal ini lain pula dengan sebuah video perkongsian ini.

Menerusi perkongsian video di akaun Twitter The Sun, dapat dilihat seekor haiwan yang berada di atas bumbung. Apa yang menarik haiwan itu hanya menampakkan bahagian kepalanya sahaja.

Kepala haiwan yang dilihat itu kelihatan seolah-olah kepala anjing. Haiwan itu juga kelihatan seperti sedang menunggu sesuatu untuk diterkam.

Namun demikian, agak mengejutkan apabila haiwan itu toleh kepalanya ke bahagian belakang. Ternyata haiwan yang disangka-sangkakan anjing itu ternyata adalah seekor kucing berwarna putih dengan tompok hitam.

Sumber: The Sun

Leave a Reply

Your email address will not be published.