Lelaki Memasak Sambil Tuang Kicap, Lain Pula Jadinya Bikin Dekah

Mungkin ada yang suka memasak sambil merakamkan video untuk dikongsikan di media sosial ataupun dihantarkan kepada kenalan. Sama macam gelagat seorang lelaki ini yang memasak sambil merakam video namun lain pula yang berlaku pada akhirnya.

Semuanya gara-gara kejadian malang apabila botol kicap yang dituangnya ini terbuka sehingga melimpah ke dalam masakannya ini. Malah video tersebut juga tular dikongsikan dengan dua juta tontonan setakat ini di mana netizen turut berdekah melihatnya.

@dendieeww auto di omelin emak 😭 #fyp #imaddictedto #fypシ ♬ suara asli – SUBAG GOO

Di dalam video yang dikongsikan ini, lelaki itu dilihat sedang memasak mee goreng sambil sebelah tangannya memegang telefon untuk merakam. Dia kemudiannya mengambil sebotol kicap untuk dimasukkan ke dalam masakannya itu.

Semasa dia sedang sibuk menuang kicap itu, penutup botol tersebut dilihat terbuka dan menyebabkan kicap melimpah ke dalam masakannya. Malah turut dapat dilihat, agak banyak jumlah kicap yang membanjiri masakannya itu.

botol kicap

Lebih mencuit hati, lelaki itu langsung tidak memberikan sebarang reaksi mungkin juga dek terlalu terkejut melihatnya. Melihatkan ‘kemalangan’ yang berlaku di dapur ini, netizen turut berseloroh mungkin lelaki itu turut berasa menyesal gara-gara sibuk merakamkan video ketika memasak.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat kejadian yang dikongsikan ini. Malah ada yang turut tertanya-tanya apa agaknya yang dilakukan oleh lelaki itu selepas kejadian itu sama ada dia membuang masakannya atau meneruskan sahaja.

“Lah jajangmyeon lah tu.”

masak

“Auto manis tu.”

kicap

“Berat mata memandang berat lagi yang memasak maggi tu.”

komen

“Setidaknya rasanya lebih baik.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.