Robot Sambut Hari Jadi Pelanggan, Reaksi Tidak Ikhlas Pula Bikin Dekah

Sesetengah restoran kini menggunakan perkhidmatan robot untuk menghantar pesanan pelanggan memandangkan ianya lebih mudah. Dalam situasi seperti sekarang ini juga, penggunaan robot dapat mengurangkan interaksi pelanggan dan pekerja yang lain.

Macam situasi yang dikongsikan ini apabila robot tersebut dilihat siap menyambut hari lahir pelanggannya semasa menghantar pesanan mereka. Namun reaksinya selepas selesai melakukan tugas itu pula yang meraih perhatian ramai sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya.

@tikae23 datang sopan jer wish happy birthday… time return tu kemain lg die…. #robotpelayan #robotamikpesanan #robotkedaimamak #robotchallenge ♬ original sound – tkae23^¶®

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan robot tersebut di dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan itu. Dalam masa yang sama, dia turut menyanyikan lagu selamat hari jadi untuk memberikan kejutan pada pelanggannya ini.

Sebaik sahaja dia selesai menghantarkan makanan, robot tersebut kemudian bergegas beredar dari situ. Lebih melucukan, robot itu telah melanggar kerusi sehingga menyebabkan ia terjatuh dan berlalu begitu sahaja.

reaksi robot

Reaksinya ini seolah-olah dia berasa marah apabila terpaksa melakukan tugasan itu sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Netizen turut berseloroh mungkin juga robot itu sebenarnya tidak ikhlas menyambut hari jadi pelanggannya itu.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat robot tersebut. Malah ada yang turut tertanya-tanya apa sebenarnya yang menyebabkan robot tersebut begitu ‘marah’ sehingga begitu sekali.

“Banyak lagi kerja aku nak buat, time ni lah kau nak birthday.”

robot

“Dia ucap tak ikhlas tu.”

hari jadi

“Dah penat sangat ke tu hahahaha.”

komen

“Kena faham, dia dah penat kerja seharian.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.