Tuah Ratu Cantik, Aishwarya Rai Kekal Teratas Antara 10 Pelakon Wanita Bollywood Terkaya 2022

Industri hiburan di India terus kekal menjadi industri paling lumayan, glamor dan menjanjikan kekayaan luar biasa buat karyawan seni di sana. Nak tahu siapakah pelakon wanita Bollywood terkaya di dunia? Ayuh semak senarai di bawah!

Selain terbabit dengan lakonan, kebanyakan selebriti Bollywood juga terlibat sebagai duta produk dan menjalankan perniagaan sendiri. Malah, perkahwinan juga menjadi asbab nilai selebriti meningkat umpamanya pasangan Priyanka Chopra dan Nick Jonas.

(1) Aishwarya Rai – $100 juta

Berusia 49 tahun, Aishwarya Rai Bachchan telah dilahirkan pada 1 November 1973 dan merupakan bekas Miss World 1994.

Bergelar duta jam tangan Longines, wanita tinggi lampai serta berwajah anak patung ini tampil sebagai pelakon filem Hindi dan Tamil yang paling berjaya. Beliau juga pernah tersenarai sebagai wanita tercantik di dunia.

(2) Priyanka Chopra – $70 juta

Priyanka sebagai duta Bvlgari

Merupakan salah seorang pelakon Bollywood paling terkenal, Priyanka Chopra kemudiannya melangkah ke pentas seni antarabangsa dan pernah diangkat sebagai World’s Best-Paid TV Actresses menerusi rancangan popular Quantico (ABC Network).

Tahun 2018, wanita berusia 39 tahun ini berumah tangga dengan penyanyi, pelakon dan penulis lagu Amerika, Nick Jonas. Perkahwinan itu menjadikan mereka sebagai ‘Power Couple’ yang popular dan terkenal di seluruh dunia.

(3) Kareena Kapoor – $60 juta

Selain berlakon, wanita berusia 41 tahun ini juga merupakan duta jenama Boro Plus, Lakme dan Lux. Bakat lakonan Kareena diwarisi daripada keluarganya yang merupakan nama-nama besar dalam dunia Bollywood.

Isteri kepada kerabat diraja India yang juga pelakon popular Saif Ali Khan, Kareena dikatakan mengenakan bayaran setinggi Rs 9 crore (sekitar RM5 juta) untuk satu filem.

(4) Anushka Sharma – $47 juta

Sebelum menyertai dunia Bollywood, wanita berusia 33 tahun ini merupakan seorang bekas model ternama. Anushka banyak membintangi filem-filem popular yang mengangkat namanya sebelum membuka syarikat produksi sendiri, Clean Slate Filmz pada tahun 2014.

Sama seperti Kareena, pelakon jelita ini mengenakan bayaran setinggi Rs 7 – 9 crore untuk satu filem.

(5) Deepika Padukone – $40 juta

Pernah menjadi heroin di sisi Shahrukh Khan, nama pelakon jelita berusia 36 tahun ini begitu pantas meniti bibir peminat hiburan Bollywood. Majalah Time turut menamakan beliau sebagai di antara 100 orang paling berpengaruh di dunia pada tahun 2018.

Merupakan anak seorang pemain badminton, Deepika yang dilahirkan di Copenhagen itu memulakan kerjayanya sebagai model. Beliau juga adalah pengasas Live Love Laugh Foundation, sebuah yayasan kesedaran kesihatan mental yang terkenal di India.

(6) Madhuri Dixit – $35 juta

Siapa yang tidak mengenali Madhuri? Semua peminat filem Bollywood menganggap wanita berusia 54 tahun ini sebagai lagenda! Wajahnya yang masih jelita tetap menjadi rebutan, apatah lagi Madhuri kerapkali memenangi anugerah sejak tahun 90-an.

(7) Katrina Kaif – $31 juta

Pelakon dan model popular berusia 38 tahun, Katrina merupakan seorang selebriti British-India yang terkemuka. Beliau baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Vicky Kaushal hujung tahun lalu dalam sebuah majlis tertutup di India.

(8) Preity Zinta – $30 juta

Terkenal dengan wajah comel dan lesung pipit di pipi, nama Preity Zinta meniti jiwa peminat Bollywood dengan lakonannya yang mantap. Pada usia 46 tahun, beliau aktif sebagai aktivis sosial, personaliti televisyen dan pengasas syarikat produksi PZNZ Media, selain co-owner pasukan kriket Indian Premier League iaitu Punjab Kings.

(9) Kajol Devgan – $28 juta

Dinobatkan sebagai pelakon wanita paling berjaya dalam sejarah Bollywood, isteri kepada Ajay Devgan berusia 47 tahun ini merupakan pemilik bangunan mewah Shiv Shakti di Mumbai. Kajol juga merupakan duta jenama Charmis, Joyalukkas Jewellery dan Whirlpool India.

(10) Vidya Balan – $25 juta

Pemenang The National Film Award berusia 43 tahun ini pernah membintangi sitkom TV popular, Hum Paanch serta pelbagai iklan komersil di India. Selain aktif dalam dunia seni, Vidya juga terlibat dengan pelbagai program pemerkasaan wanita serta kemanusiaan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page

Sumber: NONA

Leave a Reply

Your email address will not be published.