(Video) Berat Hati Nak Berpisah, Atuk Gigih Kejar Kereta Cucu Nak Ucap Selamat Tinggal Untuk Kali Terakhir

Berat Hati Nak Berpisah, Atuk Gigih Kejar Kereta Cucu Nak Ucap Selamat Tinggal Untuk Kali Terakhir

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan hujung tahun lalu, ramai yang mengambil peluang untuk pulang ke kampung bagi melepaskan rindu kepada ibu bapa dan keluarga tersayang setelah sekian lama tidak berjumpa.

Walaupun sering berhubung melalui telefon, perasaannya tidak akan sama apabila dapat bertemu bertentang mata. Pun begitu, setiap pertemuan pasti akan ada perpisahan dan ia perlu dilalui dengan tabah.

Seperti video tular di TikTok baru-baru ini yang memaparkan detik-detik pilu seorang kanak-kanak yang tidak sanggup untuk berpisah dengan datuknya.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @emothuzaimah, kanak-kanak lelaki yang berusia tujuh tahun itu dilihat menangis dan memeluk erat datuknya sebelum pulang ke Kuching, Sarawak.

Sebulan duduk dekat kampung

Ketika dihubungi oleh SK, Puan Huzaimah berkata mereka sekeluarga pulang ke kampung di Kuala Pilah, Negeri Sembilan selama sebulan setelah PKP ditamatkan. Menurutnya, mereka sebelum itu sudah dua tahun tidak berjumpa.

“Kalau ikutkan setiap tahun kami akan balik, dua tiga kali ke Kuala Pilah tapi disebabkan covid dan PKP kami tak dapat balik Negeri Sembilan.

“Jadi bila Sarawak dah buka pintu untuk orang keluar masuk, kami terus cuti sampai sebulan lebih kat kampung,” katanya.

Anaknya, Ahmad Eadwiin, mungkin sudah terlalu rapat dengan bapanya sehingga berat hati untuk berpisah.

Sementara itu, bapanya, Haji Mohd Yunus juga dilihat bagaikan tidak sanggup melepaskan mereka pergi sehingga mengejar kereta mereka sampai ke simpang jalan untuk bertemu dan mengucapkan selamat tinggal sekali lagi kepada anak-anaknya.

@emothuzaimah InsyaAllah ada rezeki kami balik Pilah lagi.. #kualapilah #kampungkepis #baliksarawak #fyp ♬ original sound – Rosalinda Nelly – maimunah🐯

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan bahawa mereka turut menangis melihat video itu.

Sumber: emothuzaimah

Leave a Reply

Your email address will not be published.