Kucing Nama Rokiah Raih Perhatian, Siap Toleh Bila Nama Dipanggil

Selalunya pemilik kucing suka memberikan nama-nama yang unik kepada kucing mereka. Tetapi lain pula dengan seekor kucing ini yang meraih perhatian ramai kerana mempunyai nama klasik seperti mereka dari zaman dahulu.

Kucing yang diberikan nama Rokiah ini bukan sahaja menarik perhatian netizen gara-gara nama klasiknya ini. Malah reaksinya yang tahu dan kenal dengan namanya sendiri ketika dipanggil pemiliknya turut mencuit hati netizen yang menonton.

@ilikebreadxoxo Dia tau nama dia Rokiah 🤣 #catsoftiktok #cat #fyp ♬ original sound – Ilovebread – RokiahbintiMiki

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing ini berkongsikan gelagat kucingnya yang bernama Rokiah itu. Selalunya kucing tidak akan memberikan sebarang reaksi apabila nama mereka dipanggil atau memilih untuk tidak melayan pemilik mereka.

Namun lain pula dengan gelagat kucing bernama Rokiah ini yang memberikan respon semasa namanya dipanggil. Sebaik sahaja pemiliknya memanggil namanya itu, kucing tersebut kemudian terus menoleh dan memusingkan badannya menghadap pemiliknya itu.

kucing

Malah dia juga kelihatan seperti tahu pemiliknya memanggil namanya itu sekaligus membuatkan netizen terhibur melihatnya. Netizen turut membandingkan situasi ini dengan kucing mereka yang selalunya hanya membuat tidak tahu sahaja ketika dipanggil.

Di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat reaksi kucing itu ketika namanya dipanggil. Dalam masa yang sama, ramai yang turut terhibur mendengar gaya gadis itu memanggil kucing itu yang seolah-olah berada di klinik.

“Cara panggil pun macam akak nurse kat klinik kerajaan suruh timbang berat sebab pregnant.”

rokiah

“Pergh nama orang lama-lama ni.”

nama

“Kalau kucing aku, dia buat macam dia pekak tapi telinga gerak-gerak tau je nama dia.”

komen

“Cik Kiah rupanya.”

tik tok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.