Kucing Pasrah Kena Angkut Balik Naik Bakul, “Redha Je Kau Dik…”

Bukan senang untuk menjaga kucing sebenarnya lagi-lagi yang suka keluar berjalan-jalan di luar sehingga tidak tahu untuk pulang ke rumah. Sama macam gelagat seekor kucing ini yang terpaksa dijemput oleh pemiliknya untuk pulang ke rumah selepas puas berjalan.

Apa yang menariknya ialah kucing itu siap dibawa pulang menggunakan bakul sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya. Malah video tersebut juga tular dikongsikan sehinggakan ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

@ejahalkherid #kucing #cat #chikothecat #kucingviral #kucingtiktok #tiktokcat #fyp #cutecat #lazycat #siamesecat ♬ original sound – ejahalkherid

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya itu yang ditemui berada di luar rumah. Dia kemudiannya membawa pulang kucing tersebut yang mungkin sesat tidak berjumpa jalan pulang ke rumah.

Lebih melucukan, kucing itu dimasukkan ke dalam bakul biru yang dibawanya sama seperti bakul yang selalu dibawa ke pasar. Kucing tersebut juga turut kelihatan pasrah dimasukkan ke dalam bakul malah kelihatan seperti sudah biasa duduk di dalamnya.

bakul biru

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, kucing itu hanya duduk diam sahaja di dalamnya sambil menunggu pemiliknya membawa pulang. Lebih mencuit hati, pemiliknya pula yang keletihan membawa kucing itu di dalam bakul tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat gelagat comel kucing ini. Malah ada yang berseloroh pastinya kucing itu turut berasa seronok dibawa pulang menggunakan bakul itu.

“Redha je kau dik kena masuk dalam bakul.”

kucing

“The real majikan yang memang takkan bayar gaji.”

bakul

“Dia ni kan, dia punya level tu macam princess naik carriage.”

komen

“Mesti dia kata best jugak duduk dalam ni, takyah jalan jauh dah tak larat aku nyah.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.