Pakcik Terpaksa Balik Jalan Kaki Dari KL Ke Kelantan, Gara2 Dit1pu Rakan

Seorang pakcik terpaksa berjalan kaki untuk balik ke Kelantan dari Kuala Lumpur selepas kena t1pu oleh rakan yang menawarkan pekerjaan kepadanya. Kisah pakcik ini dikongsikan oleh seorang individu yang dikenali sebagai Pg Hafizi.

Berat mata memandang, berat lagi bahu mem1kul. Perumpamaan itu kerap kali terlintas difikiran kita apabila melihat seseorang yang sedang diuji dengan cubaan kehidupan.

Namun, sebagai manusia biasa, kita tidak l4ri dari perasaan kasihan dan simp4ti terhadap nasib seseorang yang sedang dirundang kesusahan.

Pakcik jalan kaki dekat lebuh raya

Perkara ini samalah seperti perkongsian yang dibuat oleh seorang pengguna Twitter apabila memuat naik kisah seorang lelaki warga emas yang dikatakan berjalan kaki dari Kuala Lumpur menuju ke Kelantan.

Pemuda yang dikenali sebagai Hafizi ini telah bertemu dengan pakcik tersebut ketika melepasi tol Bentong dan menumpangkannya hingga ke pertengahan jalan.

Datang dari jauh tapi last2 kena t1pu

Pada awalnya dia bercadang untuk membelikan tiket bas kepada pakcik itu, namun dit0lak secara baik kerana dia tidak selesa menaiki kenderaan tersebut kerana berasa mual jika berjalan jauh.

Tambahnya lagi, pakcik itu datang ke Kuala Lumpur kerana dijanjikan pekerjaan sebagai tukang cuci, tetapi m4langnya dia dit1pu oleh rakannya sendiri. Oleh itu, untuk pulang ke Kelantan, dia tidak mempunyai duit yang cukup dan terpaksa berjalan kaki.

Nak belikan tiket bas tapi tak mahu

Kemudian, Hafizi mempelawa pakcik itu untuk menumpangnya hingga ke Paka dan membelikan tiket dari sana kerana sudah menghampiri ke Kelantan, namun masih dit0lak olehnya. Dia hanya minta diturunkan di kawasan Karak-Temerloh dan cuba meminta bantuan sesiapa yang melalui kawasan tersebut.

Semoga dipermudahkan segala urusan pakcik tu

Akur dengan permintaan warga emas itu, Hafizi telah menurunkannya dikawasan tersebut dan sempat memberikan sedikit duit dan air mineral sebagai bekalan untuknya meneruskan perjalanan.

Perkongsian yang meny4yat hati tersebut telah membuatkan ramai warganet meningg4lkan komen diruangan Twitternya. Rata-rata daripada mereka mengakui simpati dengan nasib yang menimpa pakcik itu serta mendoakan agar segala urusannya dipermudahkan sehingga sampai ke Kelantan semula.

Semoga dipermudahkan urusan pakcik ini. Kepada netizen, dinasihatkan supaya janganlah sesuka hati menawarkan atau nak men1pu sesuatu seperti tawaran pekerjaan kepada orang lebih-lebih lagi kepada yang memang memerlukan.

Leave a Reply

Your email address will not be published.