Anjing Tolong Tuan Mandikan Kucing Bikin Dekah, “Bila Adik Kau Degil…”

Pemilik kucing tentunya cukup faham kesukaran untuk memandikan kucing lagi-lagi apabila mereka sememangnya tidak suka dan takut dengan air. Namun baru-baru ini, situasi lucu yang berlaku semasa pemilik ini cuba memandikan kucingnya ini mencuit hati netizen.

Semuanya gara-gara reaksi anjing mereka yang turut sama membantu pemiliknya memandikan kucing tersebut. Video tersebut juga kini tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari lapan juta tontonan setakat ini.

@meoww_cattt Cats don’t want to take a bath and meet helpers, dogs.#🐱 #gato #life #dog #fyp ♬ Ii Yu dana – Kurumi Kobato/Young Fresh

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya yang sukar untuk dimandikan dan cuba melarikan diri dari bilik air itu. Malah kucing itu juga sempat berlari keluar dari bilik air dan dikejar oleh pemiliknya ini untuk dimandikan.

Tidak lama kemudian, muncul seekor anjing yang dilihat membawa sebuah bakul masuk ke dalam bilik air. Lebih melucukan, kucing itu akhirnya berjaya dimandikan dengan pertolongan anjing tersebut sekaligus membuatkan netizen berdekah melihatnya.

anjing dan kucing

Turut dapat dilihat, kucing itu yang berada di bawah bakul tersebut sambil anjing itu memegangnya untuk memudahkan pemilik mereka memandikan kucing itu. Netizen turut terhibur melihat reaksi kucing itu yang hanya mampu pasrah sahaja semasa dimandikan di situ.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat gelagat lucu anjing tersebut. Malah ada yang berseloroh mungkin juga anjing itu sudah tahu tugasnya itu setiap kali pemilik mereka mahu memandikan kucing tersebut.

“Bila adik kau degil abang datang tolong haha…”

anjing

“Muka bersalah.”

kucing

“Hahahaha anjing tu tahu tugas dia.”

komen

“Teknik ancaman.”

tik tok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.