Cubaan Lelaki Ini Bawa Plastik Minuman Besar Raih Perhatian, “Pemenang Trend…”

Bagi mereka yang selalu menggunakan aplikasi Tik Tok, tentunya cukup kenal dengan trend yang banyak dikongsikan di platform tersebut. Sama macam trend yang cuba dilakukan lelaki ini yang membawa minuman di dalam plastik besar seperti yang dilakukan sekarang ini.

Namun cubaannya ini tidak berjaya seperti biasa malah berlaku pula satu kejadian lucu lain pada penghujung video tersebut. Perkongsiannya ini juga tular dikongsikan dengan 39 juta tontonan setakat ini di mana netizen turut terhibur melihat cubaannya ini.

@saifull_17 Di liat” ngakak juga yah 🤣😭#MideaHomeChal #NetflixKetayangan #fyp ♬ original sound – Shaniamelia

Di dalam video yang dikongsikan ini, kelihatan lelaki itu sedang membawa sebuah plastik besar yang mengandungi minuman. Ianya bukan sahaja kelihatan lebih besar dari biasa malah turut kelihatan berat untuk dibawanya.

Lelaki itu kemudiannya cuba berjalan seperti biasa sebelum hilang keseimbangan diri sehingga membuatnya terjatuh. Apa yang menarik perhatian ialah lelaki itu terjatuh ke dalam kolam yang berada tidak jauh dari situ sekaligus mengejutkan netizen.

kolam

Malah lelaki itu juga turut kelihatan tergamam dan terkejut apabila dia akhirnya berada di dalam kolam itu gara-gara terjatuh di situ. Melihatkan cubaannya melakukan trend ini, netizen turut berseloroh lelaki ini adalah pemenang bagi trend ini berbanding yang dilihat sebelum ini.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berdekah melihat situasi yang dialaminya ini. Malah ada yang berseloroh tidak menyangka lelaki itu akan terjatuh ke dalam kolam itu pada awalnya.

“Sekolam terus dia ikat tepi.”

plastik

“Saya tahu awak penat.”

minuman

“Nak gelak tapi kesian.”

komen

“Pemenang trend.”

tik tok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.