Walaupun perit kehilangan insan tersayang, seorang gadis tetap kuatkan diri untuk menjadi jurusolek (make up artist) seorang pengantin pada hari yang sama bapanya meninggal dunia. Semoga terus kuat!
Insan tersayang meninggal dunia
Menerusi video yang meraih 500k tontonan di laman TikTok, dikongsi seorang gadis menceritakan bapa tersayang ‘pergi’ menghadap Sang Pencipta ketika hari dia dijadualkan bekerja.
Walaupun sedih ketika itu, gadis ini tetap menjalankan tanggungjawab hakiki sebagai jurusolek dan hasilnya dapat dilihat begitu memuaskan.
Hidup paling hancur tapi Alhamdulillah boleh diteruskan. Harus tetap kerja walau hari itu ayah meninggal. Level paling hancur tapi harus bertahan.
Mengulas lebih lanjut, gadis ini menceritakan dia sempat mengiringi jenazah bapanya hingga ke liang lahad.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat menitipkan kata-kata semangat buat gadis ini dan turut sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarham bapanya.
Video penuh:
@arrumflHidup paling ancur tp alhamdulillah bisa dilewati ?? suara asli – jasjus dust
Sangat profesional
Sumber: arrumfl
Kredit : Oh Bulan