Suami Cemburu Buta & Tunjuk Perangai ‘Sebenar’ Selepas Seminggu Kahwin, Wanita Alami Depresi Melampau

Di Tiktok, seorang wanita dipercayai mengalami depresi yang melampau sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital gara-gara suaminya yang kuat cemburu. Lebih mengejutkan lagi apabila mereka baru sahaja seminggu mendirikan rumah tangga.

Menghidap depresi yang melampau sebab suami cemburu

Menerusi beberapa video yang dimuat naik oleh seorang wanita dikenali sebagai Fajri di TikTok, mendedahkan bahawa dirinya menghidap depresi yang teruk akibat perubahan suaminya selepas mereka mendirikan rumah tangga.

Lebih pilu lagi apabila wanita berkenaan dilihat terlantar lemah di atas katil sebuah hospital dan ahli keluarganya tidak dapat menahan sebak melihat dirinya diperlakukan sebegitu rupa. Walaupun tempoh perkahwinannya singkat, namun dia masih mencuba sedaya upaya untuk menjadi isteri yang baik serta boleh menguruskan makan minum suaminya itu.

Awal-awal punca yang berlaku tu memang dari diri dia sebab ada satu penipuan yang dia sorok daripada keluarga belah saya dan juga keluarga belah dia sampai saya masuk hospital.

Dan saya sebagai isteri dah cuba untuk jadi yang terbaik. Selama bernikah pun saya dah sediakan dia makan, minum dan pakaian sampai rambut pun saya yang sikatkan, pakaikan minyak wangi, pakaikan jam tangan.

Suami tak bagi bergaul dengan orang lain

Namun, sikap suaminya mula terbongkar apabila kawan adiknya datang ke rumah untuk memberi hadiah. Si suami mula rasa cemburu lalu menengkingnya di hadapan para tetamu serta melarangnya untuk tidak bergaul dengan orang lain kecuali dirinya.

Dan apa yang buat saya terkejut adalah adik kawan saya datang untuk memberi hadiah dan dia cemburu sebab dia tak bagi saya bercakap dengan siapa-siapa sahaja dan dia nak saya bercakap dengan dia sahaja sampai dia sanggup hempas pintu bilik sedangkan kami duduk di rumah keluarga saya.

Difahamkan, kejadian berkenaan berlaku pada hujung tahun lalu dan kini keadaannya semakin pulih. Walau bagaimanapun, nasi sudah menjadi bubur untuk mengenangkan apa yang terjadi kepada dirinya.

Dalam pada itu, wanita berkenaan juga meluahkan rasa kesal kerana keluarga belah suaminya tidak pernah tampil untuk memohon maaf dengan apa yang telah terjadi serta tidak pernah memberi wang untuk kos perubatannya.

Keluarganya ( belah suami) datang sini pun tak ada meminta maaf dan tak ada rasa bersalah. Paling teruk lagi segala kos perubatan semua dibiayai oleh mak ayah saya sendiri. Sesen pun dia tak bagi.

Saya tidak pernah melihat seseorang dari fizikal dan kekayaannya asalkan dia bertanggungjawab dan jujur. Tapi jika akhirnya menyakitkan hati seperti ini korang boleh menilai sendiri.

‘Hancur’

@fajrithara14 hancur #serunyaditiktok #hellotiktok #fyp? #fyp #viral #viral2022 #2022 #selflove ? MERASA INDAH TIARA ANDINI – sadvibes?
@fajrithara14 Balas @akhrohisyam1 ? Yang Terdalam – NOAH
@fajrithara14 Balas @iiihaahahuhuhu ? Takut – Idgitaf

Sumber : fajrithara14

Kredit : Oh Bulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.