Faizal Hussein adalah salah seorang pelakon yang cukup terkenal dan sinonim dengan karakter lakonannnya sebagai Roy. Watak ini dilakonkan oleh Faizal Hussein dalam filam Gi.la-Gil.a Remaja yang pernah menjadi satu fenomena luarbiasa sekali.
Biarpun pada waktu itu Faizal Hussein masih muda remaja, namun lakonannya begitu mantap dan memberikan kesan kepada penonton. Biarpun begitu, kini Faizal Hussein sudah pun berusia 54 tahun dan masih memiliki barisan peminatnya yang tersendiri.
Terbaharu, pelakon lelaki ini berkongsikan satu video yang memaparkan dirinya sedang menyanyi. Perkongsian rakaman yang dimuat naik menerusi Instagram miliknya sendiri itu menunjukkan dirinya sedang menyanyi di atas katil.
Berikut adalah perkongsian rakaman Faizal Hussein menyanyi yang dimuat naik menerusi laman Instagram milik pelakon ini:
Wow, tak sangka cukup berbakat! Apa-apa pun perkongsian rakaman Faizal Hussein menyanyi ini telah meraih lebih 19 ribu tontonan dan ratusan komen. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka setelah menyaksikan perkongsian rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:
“Roy Roy ada baiknya ko rakam satu single”
“Terus on lagu ni kat Youtube sambil cari idea tulis tesis”
“Wow..Sedap gak suara abang Faizal ekk”
“Steady brader! Sebijik macam kaset”
Sumber: HCL