Pelajar Cover Lagu Spin Pakai Rekoder, “Rindu Lak Zaman Sekolah”

Lagu-lagu dari kumpulan Spin sememangnya cukup popular di eranya. Malah sehingga kini lagu-lagu seperti Mengusung Rindu, Hadirlah Mustika, Malam Semakin Dingin dan banyak lagi masih diminati ramai dan ada diantaranya yang diputarkan di radio-radio tempatan.

Biarpun begitu, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan sekumpulan pelajar bermain rekoder dengan lagu Spin telah mencuri perhatian ramai. Dalam perkongsian itu pelajar-pelajar ini sedang berada di dalam kelas.

Kedengaran bunyi minus one dengan salah satu lagu popular kumpulan Spin yang berjudul Malam Semakin Dingin dipasang. Tidak lama kemudian kumpulan pelajar ini mula meniup rekoder masing-masing mengikut not bunyi lagu tersebut. Berikut adalah rakaman pelajar cover lagu Spin pakai rekoder ini:

@muhdnurariffamin Spin – Malam Semakin Dingin Cover Pakai Rekorder ( SK Senawang Seremban) #fypシ #fyp_tiktok #hebatadik2ni #sksenawangseremban ♬ bunyi asal – muhdnurariffamin

Wow, memang layan habis! Perkongsian rakaman pelajar cover lagu Spin pakai rekoder ini telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun muhdnurariffamin. Video ini telah meraih lebih 459 ribu tontonan dan 42 ribu likes. Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai perkongsian tersebut di ruangan komen seperti berikut:

“Best zaman sekolah siap masuk bertanding lagi. Tak silap lagu Korea tapi versi kanak-kanak”

Lagu Spin Pakai Rekoder 2

“Terbaik cikgu! Zaman saya dulu pun puas main rekoder ni. Macam2 lagu kita orang main sebab cikgu muzik tu memang bagus”

Lagu Spin Pakai Rekoder 4

“Kat sekolah pernah belajar tiup lagu suci dalam debu..Tapi sekerat dah tak ingat”

Lagu Spin Pakai Rekoder 3

Zaman sekolah dulu kenal doremi je”

Lagu Spin Pakai Rekoder 1

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.