Penjual Pergi ‘Membuang’, Pelanggan Kena Buat Burger Sendiri Bikin Dekah

Kalau bercakap tentang burger di tepi jalan, memang ianya cukup sinonim dengan rakyat Malaysia yang cukup gemarkannya. Sama juga seperti yang dikongsikan wanita ini apabila dia sempat singgah di sebuah gerai menjual burger baru-baru ini.

Namun berlaku pula satu kejadian melucukan apabila dia terpaksa membuat burger itu sendiri selepas penjual itu meminta diri untuk ke tandas. Situasi lucu ini turut membuatkan netizen berdekah melihatnya ditambah pula dengan gaya wanita itu yang terpaksa menjadi bidan terjun.

@keknisfc_braces Ko sembelit ke dik..lama samgat ni #fyp #foodtiktok ♬ the psycho intro gone wrong ㅠㅠ – Arielle

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu berkongsikan pengalaman lucunya itu semasa membeli burger di gerai tersebut. Menurutnya, penjual itu meminta bantuannya untuk memasak sendiri burger tersebut memandangkan dia perlu ke tandas.

Namun apa yang melucukan, wanita itu terpaksa menunggu selama 45 minit sebelum penjual itu akhirnya memunculkan diri. Lebih melucukan, dia juga dilihat sedang memasak burger tersebut sambil memakai helmet yang belum dibukanya.

wanita

Malah rakannya juga turut sama berada di situ ketika wanita itu sibuk menyiapkan pesanan mereka ini. Ada juga netizen yang menganggap mungkin juga penjual itu betul-betul terdesak dan terpaksa ke tandas sehingga terpaksa meninggalkan gerainya itu.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama terhibur melihat situasi yang dikongsikan ini. Malah ada yang berseloroh mujur juga tiada pelanggan lain yang datang atau wanita itu pula yang terpaksa menyiapkan pesanan mereka.

“Kalau saya ni dah excited dah nak buat burger sendiri…”

burger

“Betul-betul jaga keselamatan ni. Masak pakai helmet.”

penjual

“Hahahaha apa benda ni.”

komen

“Masa ni nak letak semua bahan-bahan dia. Lebih sikit.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.