(video) Sedang Giat Melakukan Pembukaan Tanah, Harimau Muncul Seakan Menghalang Aktiviti Penebangan

(video) Sedang Gi4t Melakukan Pembvkaan Tanah, H4rimau Muncul Seakan Menghalang Aktiviti Penebangan

Seekor h4rimau sumatera dilaporkan telah muncul ketika pekerja dari sebuah syarikat perladangan di Kabupaten Pasaman Barat, Sumatera Barat sedang melakukan kerja-kerja pembvkaan tanah.

Memetik laporan Detik News, hidupan liar itu seolah-olah menghalang pekerja daripada men3bang pokok di dalam hutan tersebut.

Video kemunculan harimau itu telah tular di media sosial pada hari ini. Ia dipercayai dirakam oleh pekerja yang sedang berada di dalam sebuah jengkaut.

Difahamkan, terdapat dua video yang disebarkan di mana video pertama di ambil dari sisi jengkaut tersebut. Harimau itu dilihat berdiri di atas tanah bekas hutan yang dipenuhi dengan jentolak, lapor Detik News.

Sesekali haiwan itu dilihat berjalan dan kemudiannya berbaring sambil memerhatikan gerak-geri pekerja. Sementara itu, dalam video kedua, seekor harimau dilihat cuba menghalang pokok daripada ditarik oleh jengkaut.

Ketua Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sumatera Barat, Ardi Andono mengesahkan insiden kemunculan harimau di dalam video tersebut. Menurutnya, pasukannya telah diarahkan untuk ke lokasi kejadian.

“Betul, itu harimau Sumatera yang keluar dari habitatnya dan merasa terganggu oleh kegiatan pembukaan tanah yang dilakukan oleh dua jengkaut.

“Lokasi itu belum dapat dipastikan tetapi ia kemungkinan di PT Sinar Halomoan (Pasaman Barat),” katanya ketika dihubungi oleh Detik News.

Kemunculan harimau Sumatera di lokasi tersebut bukanlah pertama kali. Menurut Detik News, seekor harimau Sumatera pernah dirakam muncul di kawasan ladang kelapa sawit milik sebuah syarikat di Sungai Aur, Kabupaten Pasaman Barat pada Julai 2021.

Seminggu selepas itu, harimau tersebut dilaporkan telah ditangkap dan dilepaskan kembali di Hutan Simpan Panti Batang Gadis, Kabupaten Pasaman Barat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Terang Media (@terangmedia)

Sumber: Detik News via siakapkeli

Leave a Reply

Your email address will not be published.