Fobia kongsi hubungan cinta, Syura ded4h kenapa jejaka muda 8 tahun berjaya buka hati kahwin semula

SELEPAS lima tahun berkenalan, penyanyi Syura akhirnya terbuka hati untuk menerima Muhammad Farizat Ismail sebagai teman hidup.

Tidak berkongsi kisah percintaan mereka di media sosial, Syura atau nama sebanarnya Zuraidah Badron, 36, berkata, dia masih fobia dengan kegagalan rumah tangga sebelum ini.

“Saya masih ada rasa fobia selepas bercerai. Sebab itu tidak mahu terlalu berkongsi tentang hubungan sekarang ini.

“Lebih elok rasanya saya rahsiakan hubungan kami sebelum betul-betul menjadi suami isteri. Sekarang saya sedia untuk bercerita,” ujarnya kepada mStar.

Syura selamat bergelar isteri jejaka pilihannya Farizal, 28, dalam sebuah majlis akad nikah yang diadakan di Masjid As Salam, Puchong, pada Sabtu.

syura 2

Pasangan ini diraikan dalam satu majlis resepsi di Kuala Lumpur pada Sabtu

Sementara itu, berkongsi tentang hubungan mereka, Syura berkata dia mengenali suaminya kerana mereka terlibat dalam industri perniagaan makanan.

Kata Syura, kematangan Farizat berjaya menambat hatinya untuk berkahwin lagi.

“Sebelum ini ada juga lelaki lain ingin dekat dengan saya, bagaimanapun saya anggap Farizat adalah jodoh terbaik.

“Sifat lelaki yang ada pada dirinya itu membuatkan saya rasa dia melengkapi kami sekeluarga,” jelasnya.

Syura juga bersyukur apabila anak-anaknya dapat menerima Farizat dengan baik.

Sifat lelaki yang ada pada dirinya itu membuatkan saya rasa dia melengkapi kami sekeluarga

SYURA

PENYANYI

Malah suaminya juga tidak kekok dan pandai mengambil hati anak dan keluarga Syura.

“Syukur anak-anak mudah menerima. Saya tidak pernah dengar anak-anak berkata perkara tidak elok tentang suami.

“Farizat juga senang bergaul. Dia tahu ambil hati anak-anak dan keluarga yang lain. Sebab itu hubungan kami berjalan lancar,” katanya.

Bercakap tentang perancangan selepas berkahwin, Syura memberitahu dia dan suami akan terus bekerjasama dalam perniaagan.

syura 3

Anak-anak menerima baik kehadiran suami

Selain itu, kerjaya seninya juga akan berjalan seperti biasa.

“Kalau dia tak izin saya menyanyi, mungkin saya tidak akan berkahwin.

“Dia faham dengan dunia seni, sebab sudah biasa bergaul dengan rakan-rakan artis dan beberapa kali ikut saya mengahdiri majlis.

“Memang dia terkejut apabila mula mendapat perhatian sekarang ini, namun saya katakan kita perlu hadapi sahaja,” katanya lagi.

Syura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Fadhly Md Yassin. Perkahwinan mereka bertahan selama sembilan tahun dan bercerai pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, Syura dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nurul Nadia Idani, 13, Nurul Qaisara Sofia 11, dan Muhammad Irfan Aryan, 9.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.