Kucing Menggeliat Sampai Terjatuh, Reaksinya Pula Bikin Dekah

Memang ada masanya gelagat kucing di rumah sering kali menjadi hiburan seisi keluarga terutamanya kucing yang tidak pandai duduk diam. Sama macam gelagat seekor kucing ini yang menarik perhatian ramai apabila aksinya menggeliat ini mencuit hati netizen. Malah gelagatnya yang asyik menggeliat sehingga membuatkan dia terjatuh ke lantai ini turut membuatkan ramai berdekah melihatnya. Video tersebut juga kini tular dengan hampir setengah juta tontonan setakat ini.

@ross_mawarputih Tak pernah duduk diam 😌 #kucingnakal #kucingbuastaktentuarah ♬ original sound – Miss Mawar 🌹

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya yang sedang menggeliat di atas kerusi ini. Biasanya selepas bangun dari tidur, ramai yang suka menggeliatkan badan untuk melegakan rasa tegang pada badan.

Sama juga seperti yang dilakukan kucing ini yang siap menggeliat mengalahkan manusia biasa. Malah ianya turut membuatkan kucing itu jatuh tergolek di lantai gara-gara terlalu asyik menggeliat di atas kerusi tersebut.

kucing mengeliat

Lebih melucukan, kucing itu turut sama kelihatan terkedu sebaik sahaja tersedar dirinya terjatuh ke lantai. Dia kemudiannya berpura-pura tiada apa-apa yang berlaku dan kembali terbaring di lantai tersebut.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut sama berdekah melihat gelagat spontannya ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu berasa malu apabila situasi tersebut turut disaksikan pemiliknya itu.

“Aku selalu buat. Lagi-lagi baru bangun tidur.”

kucing

“Sis, cuba tengok kot lantai simen tu retak…”

mengeliat

“Sakit lah tu. Hahaha perangai dia, malas sangat nak bangunnya.”

komen

“Asal boleh dia nak berkuak lentang janji menghiburkan.”

tik tok

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.