(Video) “Pertama Kali Dalam Hidup…” Adam Corrie Dakwa Hujan Batu Turun Depan Rumah

Fenomena hujan batu merupakan kejadian yang jarang sekali berlaku di Malaysia. Hujan batu biasanya berbentuk bulat atau dalam bentuk gumpalan ais yang tidak sekata.

Secara ringkasnya hujan batu ini adalah ketulan ais yang turun bersama hujan. Bagi anda yang pertama kali melihat hujan batu sudah pasti ia menjadi salah satu perkara unik yang terjadi dalam kehidupan anda.

Begitulah yang ingin dikongsikan oleh pelakon aksi terkenal tanah air iaitu Adam Corrie.

Menerusi perkongsian video di akaun TikTok miliknya, Adam dilihat begitu teruja sekali setelah melihat hujan batu.

Menurut Adam, pada awalnya rumahnya sedang dilanda hujan lebat. Tiba-tiba Adam terdengar bunyi bising. Apabila Adam keluar daripada rumah, beliau terperanjat kerana banyak ketulan ais jatuh ke lantai rumahnya.

“Pertama kali saya dapat tengok dan pegang hujan batu,” tulis Adam menerusi video itu.

Bukan itu sahaja, Adam juga turut berkongsikan doa ketika hujan.

“Kita diberi hujan kerana kurnia dan rahmat Allah (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim),” tulisnya di dalam perkongsian video itu

@adamcorrie_ Hujan Batu#adamcorrie #cinaMuslim #dragonKLGangster #hujan #hujanbatu ♬ original sound – Adam Corrie

Netizen lain turut mengalaminya

Sementara itu, beberapa netizen yang dipercayai tinggal di Lembah Klang turut mengalami situasi yang hampir serupa. Kali ini hujan batu tersebut turut merata di pelbagai lokasi berbeza.

Sumber: TikTok Adam Corrie / Twitter netizen

Leave a Reply

Your email address will not be published.