Nyanyian Selamba Pelajar Dalam Kelas Curi Perhatian, “Sedapnya Suara”

Kalau sudah berbakat dalam bidang nyanyian, berilah apa juga lagu dapat dinyanyikannya dengan baik sekali. Malah ada juga yang suka menyanyi untuk mengisi masa lapang dan menghiburkan diri sendiri sahaja.

Satu rakaman seorang gadis menyanyi ketika berada di dalam kelas di sekolah ini telah mencuri perhatian ramai. Manakan tidak dalam video itu kelihatan pelajar perempuan tersebut sedang duduk di kerusi dan kedengaran suaranya yang sedang menyanyi.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah suara nyanyian pelajar ini yang memang merdu habis! Malah dengan hanya duduk di kerusi pelajar ini dapat menyanyi dengan baik sekali. Berikut adalah perkongsian rakaman nyanyian selamba pelajar dalam kelas yang telah mencuri perhatian ramai ini:

@zulaikhaaaaaa.___ #ad untk meriahkn kelas member payong stu lgu😍😭❤️. #ad #fyp #fypシ #msukberanda #msukberandabilangya #secretlovesong #cover ♬ original sound – e-k44🖤!

Perkongsian rakaman nyanyian selamba pelajar di dalam kelas oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun zulaikhaaaaaa.___ ini telah meraih lebih 635 ribu tontonan dan 88 ribu likes. Rata-rata warganet turut kagum dengan bakat nyanyian remaja ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Hm duduk camtu dia bole tarik. Kalau aku semput mat”

Nyanyian Selamba Pelajar 2

“Aku pernah diam2 bawak hp g sekolah 2015. Lepas tu buka lagu guna earphone. Haaa awal2 nyanyi slow…”

Nyanyian Selamba Pelajar 4

“Langsung merinding Ya Allah bagus banget suaranya”

Nyanyian Selamba Pelajar 3

“Sedapnya suara, kak mintakla dia nyanyi full”

Nyanyian Selamba Pelajar 1

Sumber :HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.