Rugi Kalau Buang, Sofa Koyak ‘Berlubang’ Boleh Dibaiki Hanya Guna 2 Bahan Ini Je

Barang-barang perabot seperti sofa menjadi pelengkap bagi setiap kediaman dan kebiasaannya dipilih dengan sangat teliti bagi menyesuaikannya dengan reka bentuk atau konsep di dalam rumah.

Pun begitu, sofa juga akan mengalami kerosakan bila sudah terlalu lama digunakan. Bila ianya berlaku, kebanyakan orang membuat keputusan untuk membuang sofa itu dan membeli yang baharu walaupun sebenarnya ia masih lagi boleh diperbaiki.

Bagi anda yang mempunyai masalah sofa berlubang, anda sebenarnya boleh membaiki sendiri sofa tersebut dengan menggunakan beberapa bahan yang sangat mudah.

Menerusi perkongsian pengguna Facebook, Encik Roslam, di group Deco Rumah Cara Jimat (DRCJ), sofa yang berlubang boleh dibaiki dengan hanya menggunakan selimut dan gam.

Jika dihantar ke kedai, mungkin kosnya agak tinggi. Jadi, kita buat je sendiri, lagi puas hati.

Mari ikuti perkongsian di bawah ini untuk melihat bagaimana cara membaiki sofa tersebut.

Saya DIY repair Sofa berlubang

Sofa kat rumah koyak berlubang. Kedai baiki sofa tak buka lagi..kita buat sendiri je laa. Tak payah jahit..jimat kos..ada lebih untuk beli kuih raya ye tak.

Sebelum

Selepas

Mudah saja bukan? Tidak perlu lagi susah payah hantar ke kedai, baiki saja sendiri. Semoga bermanfaat

Sumber: Amirul Hamzah Via Encik Roslam

Leave a Reply

Your email address will not be published.