“Berat Semacam..” – Keluarga Gelak Sakan, Pengantin Baru Ini Tak Sangka Dapat Hadiah ‘Istimewa’

Sudah menjadi kebiasaan untuk para pengantin baru menerima hadiah daripada tetamu sempena hari bahagia mereka.

Dan barang-barang seperti barangan elektronik, hiasan dan pinggan mangkuk sememangnya sinonim apabila pasangan pengantin membuka hadiah yang diterima mereka.

Tular di media sosial TikTok apabila pasangan pengantin ini telah menerima hadiah yang ‘luar biasa’ berat, tidak seperti kebiasaan.

Dalam video tersebut, kelihatan tiga orang dipercayai sepupu pengantin tiba-tiba sahaja membawa masuk hadiah yang ‘berat’ itu.

Pasangan tersebut bersama ahli keluarga yang lain kelihatan terpinga-pinga dan segera ‘unboxing’ hadiah berkenaan bagi mengetahui apakah yang terkandung di dalamnnya.

Rupa-rupanya, hadiah ‘berat’ tersebut adalah tong gas untuk kegunaan memasak di dapur. Meninjau ruangan komen, ramai netizen terhibur dengan perkongsian tersebut malah ada yang meneka hadiah itu adalah  ‘badan manusia’ dibalut sebagai hadiah.

Anda ada pengalaman terima hadiah yang ‘pelik’ dan luar daripada kebiasaan? Kongsikan kepada kami di ruangan komen!

SUMBER : TikTok

Leave a Reply

Your email address will not be published.