Selain menjadi tempat menunaikan solat, masjid juga mempunyai peranan lain seperti menjadi pusat aktiviti umat Islam di komuniti masing-masing.
Sehubungan dengan itu, pusat ibadah itu haruslah mempunyai kemudahan dan fasiliti yang lengkap sekaligus dapat menarik minat orang muda untuk datang beribadah ke masjid.
Semalam, tular di media sosial di mana sebuah video TikTok memaparkan sebuah masjid di Merbok, Kedah dilihat mempunyai kemudahan mesra pengguna dan juga musafir seperti tempat cuci kereta, pondok info, mesin layan diri dan pelbagai lagi.
Masjid Al Busyra mempunyai pelbagai fasiliti selain tempat menunaikan solat berjaya menuai pujian daripada netizen yang rata-rata kagum dengan pengurusan masjid itu yang menggunakan duit derma daripada orang awam bagi membangunkan kemudahan-kemudahan tersebut.

Dalam pada itu, ramai warga maya berharap agar pihak pengurusan masjid yang lain dapat mengambil contoh daripada pengurusan Masjid Al Busyra dalam mengendalikan wang sumbangan daripada orang ramai dan memanfaatkan ia dengan sebaiknya..
SUMBER : Twitter