“Siapa Tahu Akaun IG Cewenya?” – Peminat Tak Keruan Tengok Wanita Jelita Bersama Putera Mateen

Baru-baru ini, puteri kedua bongsu Sultan Brunei, Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah telah disatukan dengan pasangannya, Awang Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi dan telah diraikan dalam satu majlis persandingan penuh adat istiadat.

Istiadat gilang gemilang bagi meraikan Pasangan Pengantin Diraja Brunei itu telah berlangsung di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman, di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, bukan hanya pasangan pengantin dan busana yang digayakan menjadi bualan tetapi juga Putera Abdul Mateen yang sering mencuri tumpuan.

Menerusi entri di Instagram peribadinya, Putera Mateen telah memuat naik foto ketika majlis tersebut dan ianya telah mencuri perhatian ramai.

Mana tidaknya, melalui salah satu gambar yang dikongsi, kelihatan seorang wanita cantik juga berada bersama membuatkan ramai tertanya-tanya.

Boleh dikatakan putera berusia 30 tahun ini mempunyai ramai peminat wanita dari seluruh dunia. Disebabkan itu, ramai tertanya sejauh manakah hubungannya dengan wanita di dalam foto berkenaan.

Apatah lagi, ini bukanlah kali pertama Putera Mateen dilihat bersama wanita jelita itu. Sebelum ini, mereka turut dilihat bersama dalam sebuah majlis persandingan pada tahun 2019.

Terdapat desas desus mengatakan mereka merupakan sepupu dan ada juga yang berkata mereka berkawan rapat sejak kecil lagi. Wallahualam.

SUMBER : Remaja

Leave a Reply

Your email address will not be published.