(VIDEO) “Dah Habis Makan Baru Perasan..” – Pelanggan Tergamam Lihat Tikus ‘Bersantai’ Di Tempat Buffet

Restoran atau gerai makan yang menjadi tumpuan atau persinggahan pelanggan pastinya akan menilai bukan sahaja dari kesedapan malah juga kebersihan premis.

Lain pula yang terjadi pada seorang wanita yang dikenali sebagai Ayu apabila dia terlihat perkara tidak sepatutnya ketika makan di sebuah restoran.

Menerusi perkongsian Ayu di TikTok miliknya, dia dilihat sedikit kaku dan tergamam setelah melihat dua ekor tikus ‘bertenggek’ di tempat hidangan lauk buffet kedai makan tersebut.

Malah, bahagian tersebut tidak dikawal selia oleh mana-mana pekerja sehingga membuatkan ‘ratatouille’ itu bermaharajalela di kawasan itu.

Ujar Ayu, dia dan rakan-rakan lain baru sahaja selesai makan di restoran itu sebelum melihat kehadiran dua ekor tikus itu.

tikus mamakSumber : TikTok  

Katanya, kejadian itu benar-benar membuatkan mereka ‘kembang tekak’ dan ingin termuntah.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen berkongsi pengalaman makan di gerai kotor dan ada juga yang bertanyakan lokasi restoran tersebut namun persoalan itu tidak dijawab oleh gadis tersebut.

Harapnya peniaga kedai makan di luar sana sentiasa menjaga kebersihan kerana kesihatan pelanggan patut diutamakan setiap masa ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.