Gajah Merajuk Berguling Di Jalan, “Ghisau Kita Tengok Awak Ni Jahhh”

Spesis haiwan seperti gajah boleh dikategorikan sebagai hidupan liar dan yang dilindungi. Biarpun begitu, baru-baru ini satu rakaman yang memaparkan seekor gajah dikatakan sedang merajuk dengan seorang lelaki telah mencuri perhatian ramai.

Gelagat haiwan bersaiz besar ini yang berguling-guling di atas jalan tanah telah membuatkan ramai terhibur menyaksikannya.

Turut tertulis kelakuan gajah ini disamakan dengan perempuan bila merajuk. Namun tetaplah perbuatan gajah tersebut membuatkan warganet terpaku menyaksikannya. Berikut adalah perkongsian rakaman gajah merajuk berguling di jalan yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun pijonawi:

@pijonawi♬ I Love Mama Mantu – Bulan Sutena

Dah macam mana gayanya nak pujuk gajah ini agaknya ya? Mesti lelaki itu pun sudah terbiasa melayan karenah haiwan ini. Apa-apa pun perkongsian rakaman gajah merajuk berguling di jalan ini telah meraih lebih 300 ribu tontonan dan 20 ribu likes.

Rata-rata warganet meninggalkan reaksi mereka mengenai rakaman ini di ruangan komen seperti berikut:

“Ghisau kita tengok awak ni jahhh”

Gajah merajuk 2

“Hihihi macam gaya budak budak kecik mengajuk. Binatang pun comel manja”

Gajah merajuk 4

“Alololo comeyyynyeeee dua merajuk”

“Tu baru anak gajah. Kalau mak gajah macam mana pulak nak pujuk ye abang”

Gajah merajuk 1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.