Si Bulus Baik Hati Temankan Kucing Lain Balik Rumah, “Boleh Buat Calon Menantu…”

Kebiasaannya mereka yang memiliki kucing di rumah mesti pernah menerima kunjungan tetamu kucing lain yang selalu datang ke rumah. Sama macam gelagat seekor kucing ini yang selalu berkunjung ke rumah wanita ini namun takut untuk pulang sendirian dan perlukan peneman.

Apa yang menarik perhatian ialah pemilik kucing itu berkongsikan gelagat kucingnya yang begitu bijak menemani kucing tersebut pulang. Malah dia juga sempat merakamkan gelagat kucingnya itu semasa kejadian tersebut.

@mommy3d macam2 hal binatang yg singgah kat rumah aku ni, jenab xbalik2, kucing org datang pastu takut nk balik 💆#tiktokviral #fyp #jomkawan #fypシ #kamisempoi #kucingjalanan ♬ UP – INNA

Di dalam video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu dia sering menerima kunjungan dari kucing jirannya yang selalu datang ke rumah. Tetapi yang anehnya, kucing itu takut untuk pulang sendirian dan perlu ditemankan.

Lebih melucukan, kucingnya yang bernama Jamal ini akan ditugaskan untuk menemani kucing tersebut pulang. Malah turut dapat dilihat, Jamal mengekori kucing tersebut dari belakang dan menemaninya sehinggalah tiba di hadapan rumah.

gelagat kucing

Lebih menarik lagi, kucing bernama Jamal ini akan segera pulang ke rumahnya sebaik sahaja selesai melakukan tugasnya itu. Gelagat pintarnya itu turut mencuit hati netizen apabila kucing jantan sepertinya ini cukup bijak memahami arahan pemiliknya.

Di ruangan komen, netizen turut sama terhibur menyaksikan gelagat Jamal menemani kucing itu pulang. Malah ada yang berseloroh menganggap Jamal sebagai calon menantu yang baik dan boleh dipercayai.

“Eleh Jamal depan mak yelah baik…”

kucing

“Nama kemain jamal and jenab.”

Jamal

“Pandainya.”

komen

“Boleh buat calon menantu.”

tik tok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.