“Arwah Minta Melalui Mimpi” – Bapa Pelakon Indo Tetap Mahu Pindahkan Kubur Lepas 100 Hari Meninggal

Kecoh diperkatakan di negara seberang tentang isu bapa pelakon, Vanessa Angel yang meninggal dunia akibat kemalangan mahu memindahkan kubur anaknya itu.

Menerusi laporan media di Indonesia, sejak pemergian Vanessa pada November tahun lalu, beberapa isu dan drama timbul daripada bapanya, Doddy Sudrajat.

Terdahulu, bapanya dikatakan tamak dan mahu merebut harta peninggalan anaknya itu dan ketika ini pula, isu pemindahakan kubur masih tiada kesudahan.

Menurut Doddy, dia mahu menggali semula kubur Vanessa di Tempat Pemakaman Umum (TPU) Malaka di Jakarta Selatan dan mengalihkan mayatnya ke dalam satu liang lahad yang sama dengan arwah ibunya di Karet Tengsin, Jakarta Pusat.

Katanya lagi, dia akan berbuat sedemikian selepas genap 100 hari pemergian anak perempuannya iaitu pada Februari depan.

Wakil peguam Doddy berkata anak guamnya mempunyai dua alasan untuk berbuat sedemikian iaitu untuk menurut permintaan arwah sendiri selain keadaan kubur yang selamat.

Sebelum ini, dia memaklumkan kepada orang ramai bahawa pemindahan kubur itu bukanlah kerana kehendaknya sendiri tetapi atas permintaan Vanessa yang memberitahunya dalam mimpi.

Isu memindahkan kubur itu menjadi isu debat di antara ramai pihak di mana rata-ratanya mengecam tindakan dan cadangan Doddy.

Hasratnya itu mendapat tentangan pelbagai pihak yang menganggap ianya satu tindakan yang keterlaluan. Antara komen warganet adalah,

Yang bukan-bukan saja, Anak sudah dimakamkan, mahu dipindah pula. Ingat ini rumah sewa ke?”

Seorang netizen turut berkata,

Setahu aku, kalau mimpi orang dah meninggal, arwah datang senyum atau lihat dari jauh. Tak pernah dengar cerita orang datang dalam mimpi minta pindahkan kubur.”

Sekadar info, Vanessa dan suaminya, Febri Adriansyah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 4 November 2021. Pasangan itu meninggalkan anak lelaki berusia setahun, Gala Sky Adriansyah yang dilaporkan cedera parah.

SUMBER : Liputan6

Leave a Reply

Your email address will not be published.