Kemalangan Ngeri Di Kampung Lebu, Empat Termasuk Tiga Kanak-Kanak Maut Dalam Nahas

Sebuah kemalangan ngeri dilaporkan telah berlaku di simpang empat Kampung Lebu berhampiran susur ke Lebuh Raya Central Spine Road (CSR) melibatkan dua buah kenderaan, sebentar tadi seperti laporan Utusan Malaysia.

Difahamkan kejadian tersebut telah terjadi kira-kira jam 2.30 petang di mana mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Velfire bertembung dengan sebuah pacuan empat roda (4WD) jenis Nissan Navara.

Dalam kemalangan itu, empat individu di mana tiga antaranya kanak-kanak dipercayai satu keluarga telah meninggal dunia dalam tragedi tersebut.

Perkara tersebut turut disahkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria yang memaklumkan bahawa pihak bomba telah bergegas ke tempat kejadian setelah dihubungi orang awam.

TwitterSumber : Twitter 

Empat mangsa yang maut terdiri daripada satu perempuan dewas, dua kanak-kanak perempuan dan satu kanak-kanak lelaki manakala dua lelaki dewasa mengalami kecederaan.

Pasukan bomba juga telah memastikan tiada lagi mangsa dalam kenderaan selepas kesemua yang terlibat dalam kemalangan dikeluarkan oleh orang awam.

Maklum Zulfadli, kesemua mangsa yang meninggal dunia telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

SUMBER : Utusan Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published.