“Kepada Siapa Yang Guna C***..”- Gadis Pesan Pada Netizen Jangan ‘Withdraw’ Atau ‘Transfer’ Duit Sebab..

Kecoh seketika di media sosial apabila beberapa pelanggan bank di Malaysia mendakwa baki wang simpanan mereka menjadi negatif atau ‘lesap’ sepenuhnya.

Malah, ianya menjadi lebih sukar apabila mereka tidak dapat membuat transaksi serta wang simpanan gagal dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Menjengah ke ruangan Twitter, beberapa pengguna media sosial ada berkongsi tangkap layar perbankan dalam talian yang menunjukkan penyata akaun yang mengalami masalah.

Duit dalam bank tak boleh ‘transfer’, nak keluarkan pun disekat, kami bukan kaya, nak makan guna duit mana, duit di tangan dah habis, teruk punya bank. – netizen

Menurut perkongsian Jabatan Netizen Malaysia di laman Twitter, terdapat pengguna beranggapan bahawa masalah tersebut timbul susulan kes Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.

Terdahulu, terdapat laporan menyatakan bahawa beberapa bank tempatan dijangka menerima kesan besar kerana mereka adalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman berjumlah RM2.51 billion.

Selain itu, ada pengguna meluahkan rasa kecewa apabila pihak bank tersebut gagal dihubungi bagi mendapatkan penerangan mengenai masalah yang timbul.

“Kenapa tiba-tiba baki dalam akaun jadi negatif, mana duit simpanan pergi, hubungan pihak bank sampai nak patah jari tidak diangkat.” ujarnya lagi.

SUMBER : Twitter

Leave a Reply

Your email address will not be published.