Kerajaan Bakal Haramkan Beli Rokok Buat Rakyat Yang Lahir Selepas Tahun 2005 – KJ

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi Menterinya Khairy Jamaluddin ada memaklumkan bahawa Malaysia bakal mengharamkan rokok dan produk tembakau kepada mereka yang lahir selepas tahun 2005.

Perkara tersebut disuarakan Khairy ketika sesi pertemuan ke-150 Mesyuarat Lembaga Eksekutif Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) di Geneva dan berharap undang-undang itu dapat diluluskan pada tahun ini, seperti laporan Malay Mail.

Ini adalah dengan melarang penjualan tembakau dan produk rokok lain kepada sesiapa yang lahir selepas 2005. Malaysia merasakan ia akan memberi impak yang besar dalam mencegah dan mengawal NCD (penyakit tidak berjangkit).

Selain itu, Khairy berucap perutusan Tahun baharu 2022 kepada Kementerian Kesihatan turut bercakap mengenai ‘generasi penamat perbuatan merokok’ di mana visi pihak KKM adalah untuk melihat generasi akan datang ‘tidak tahu apa itu rokok’.

Sekadar info, laporan Malaysia 2020 kepada Konvensyen Rangka Kerja WHO mengenai Kawalan Tembakau, satu daripada lima (21.3%) penduduk berumur 15 tahun dan ke atas di negara ini adalah perokok.

KKM menganggarkan terdapat 27,000 kematian disebabkan tembakau setiap tahun di negara ini seperti penyakit jantung, kanser dan strok. – Malay Mail

SUMBER : Malay Mail

Leave a Reply

Your email address will not be published.