“Lebih Dari RM22 Billion!” K0leksi kereta Me wah Sultan Brunei lagi ma hal dari Kelab Man United

Rasanya semua sudah mengakui kekayaan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah memang cukup terkenal di seluruh dunia.

Terbaru, kami tertarik dengan satu fakta yang dikongsikan Daily Star, di mana koleksi kereta mewah milik Sultan Brunei bernilai lebih daripada keseluruhan kelab bola sepak antarabangsa, Manchester United.

Berdasarkan laporan itu, koleksi kereta mewah milik Sultan Hassanal bernilai lebih 4 bilion pound iaitu RM22.57 bilion dan kelab paling berharga di dunia Red Devils pula hanya bernilai sekitar 3.08 bilion pound atau RM17.38 bilion.

Jumlah RM22.57 bilion itu mewakili sebanyak 600 buah kereta Rolls Royces, 570 kereta Mercedes-Benz, 450 kereta Ferrari dan lebih 380 kereta Bentley. Semua kenderaan mewah ini disimpan di dalam garaj istana Brunei.

koleksi kereta mewah sultan brunei

Menurut laman sesawang Guinness World Records, Istana terbesar di dunia dilaporkan milik kerajaan Brunei iaitu Istana Nurul Iman yang terletak di Bandar Seri Begawan.

Istana Nurul Iman yang merupakan tempat Sultan ke-29 dan keluarganya bersemayam iaitu Raja Hassanal Bolkiah ibni Omar Ali Saifuddien III.

Menurut info dipetik Forum Cari, istana tersebut berkeluasan 200,000 m2 dan mempunyai 1,788 bilik.

Selain itu, mahligai itu juga mempunyai 257 bilik mandi dan dewan yang sangat besar sehingga boleh memuatkan 5,000 dalam satu-satu masa.

Malah, di dalam istana itu terpasang 200 pendingin hawa dalam kawasan kuda polo dan juga 5 kolam renang untuk kegunaan Sultan dan juga kerabatnya.

Istana Nurul Iman juga menempatkan garaj yang boleh mengisi 110 buah kereta serta mempunyai masjid besar di dalamnya.

Mahligai berskala mega itu telah direka khas oleh arkitek dari Filipina, Leandro V. Locsin dan juga pereka hiasan dalaman dari United Kingdom, Khuan Chew dan siap sepenuhnya pada tahun 1984.

Ianya menelan belanja sebanyak 1.4 billion dan tidak hairanlah jika Istana Nurul Iman digelar istana terbesar di dunia!

Semua ini sebenarnya tidak mengejutkan kerana lihat sahaja jumlah kekayaan bersih Sultan Hassanal yang dianggarkan sekitar 13 bilion pound atau RM73.36 bilion.

Harga keseluruhan dia bukan calang-calang ye! Apa-apa pun kita boleh tumpang gembira dengan saudara Islam kita yang diberikan keistimewaan Allah untuk peroleh kekayaan dunia ini.

Baru-baru ini, Pereka fesyen terkenal dalam dan luar negara, Datuk Seri Bernard Chandran memuatnaik gambar perkahwinan anak sultan Brunei, Puteri Fadzillah Lubabul Bolkiah bersama suami beliau, Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi menc.uri perhatian orang ramai.

Netizen Syak Bernard Reka Baju Pasangan Diraja Brunei

Melihat muat naik pereka fesyen tersebut di Instagram, rata-rata ramai yang mengesyaki busana yang sarung oleh pasangan merpati sejoli ini merupakan hasil tangan Bernard sendiri.

Diruangan komen posting pereka fesyen ini, ramai yang memberi komen dengan mengatakan, persalinan busana perkahwinan yang dipakai oleh pasangan diraja itu tampak gah dan menakjubkan kerana hasil sentuhan unik Bernard.

Patut lah…. Baju pengantin cantik sangat”“Stunning”

“Patutlah.. Macam boleh agak ‘masterpiece’ Dato”

“Sememangnya ‘masterpiece’ Dato Bernard!”

“Gaun pengantin yang paling cantik dan elegan dari mana-mana perkahwinan diraja Brunei setakat ini!” komen mereka

Untuk rekod, Datuk Seri Bernard sering menghasilkan rekaan yang unik dan sentuhan unik yang tersendiri, jadi tidak hairanlah pereka fesyen Malaysia ini mempunyai ramai pelanggan setia dikalangan kerabat diraja dan golongan elit Malaysia dan Brunei.

Serius cantik set persalinan yang dikenakan oleh kedua-dua pengantin diraja inikan..

Sumber: malaysiareporter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.