Nak Rancang Sendiri Tapi Ibu Muda Tak Jangka Beranak 2 Kali Setahun

Kehadiran anak adalah penyeri rumah tangga, tentunya setiap pasangan mempunyai perancangan tersendiri mengenai berapa jumlah zuriat yang diimpikan.

Pun begitu dalam masyarakat kita, realitinya terdapat juga situasi yang mana seorang ibu melahirkan 2 bayi dalam tempoh setahun walaupun ia amat jarang berlaku.

Selepas menimang cahaya mata sulung pada Januari 2021, seorang wanita dikenali sebagai Nurul Balqis ini mendedahkan dirinya selamat bersalin anak kedua pula hujung tahun lepas.

Terdahulu, ibu muda ini akui memilih untuk tidak pakai sebarang perancang kehamilan ketika dicadangkan oleh seorang jururawat.

Namun tanpa disangka-sangka, dia dan suami dikurniakan sepasang ‘kembar tahun’.

Hanya berusia 21 tahun ketika itu, Nurul Balqis akui bersyukur dikurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan serentak dalam tahun yang sama. Malahan, dia juga akui tidak sabar menanti detik 2 beradik tersebut mula sekolah bersama-sama.

Pun begitu, ibu muda ini akui mahu berehat dahulu dan akan betul-betul merancang kehamilan seterusnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tumpang gembira dengan ibu muda tersebut susulan bersalin secara normal untuk kedua-dua kehamilan. Dalam pada itu, mereka turut berkongsi pengalaman sama mempunyai ahli keluarga atau zuriat ‘kembar tahun’ seperti Nurul Balqis.

Sumber : TikTok qizz.99

Kredit:viral.my

Leave a Reply

Your email address will not be published.