“Orang Lain Berhutang, Aku Jadi Mangsa” – Lelaki Ini Terkejut Rumah & Kereta Disimbah Cat Merah Rupanya…

Baru-baru ini tular di aplikasi Facebook, seorang pengguna yang terkejut apabila rumah hdan kereta miliknya di simbah dengan cat merah oleh ‘Ahlong’.

Menerusi perkongsian tersebut, pengguna yang dikenali sebagai Azhar Md Arif menjadi keliru kerana bukan dirinya yang berhutang tetapi jirannya.

Menurut Azhar, kejadian tersebut berlaku lebih kurang pukul 12 malam semalam apabila dia terdengar jeritan jiran depan rumahnya.

Ahlong

Rumah aku nombor 288, rumah penghutang nombor 286, aku WhatsApp si Ahlong, si Ahlong siap suruh kita pulak cari owner rumah tu.

Jelasnya, sebaik sahaja dia keluar dari rumah, kelihatan dua orang lelaki menunggang motosikal terus beredar dari rumahnya selepas mencampakkan sebotol cat merah di depan rumah.

Sudah lah salah rumah, dia boleh suruh kita cari si penghutang tu, sabar sahaja lah.

Ahlong

SUMBER : Facebook

Leave a Reply

Your email address will not be published.