“Tak sedar dan saya ham1l dalam tempoh bercuti itu”, – Tasha Shilla ham1l anak kedua

REZEKI tidak pernah salah alamat. Begitulah yang terjadi kepada pelakon Tasha Shilla apabila berkongsi berita gembira yang dia kini hamil anak kedua dan usia kandungan sudah masuk tujuh minggu.

Tasha atau nama sebenarnya Natasha Shiela Abdul Razak, 35, ketika dihubungi memberitahu dia sendiri tidak menyangka akan hamil sekali lagi ketika anak sulungnya baru berusia 10 bulan.

“Saya tidak sedar pun hamil. Tetapi sebelum ini saya ada terlepas cakap ‘hamil juga’.

“Suami pun pelik kenapa saya cakap ‘juga’? Mungkin anak dalam kandungan pun seakan memberitahu dia sudah ada.

“Saya sendiri pelik terlepas cakap sebegitu. Jadi kami beli alat pengesan kehamilan dan kemudian buat pemeriksaan di klinik,” cerita Tasha kepada mStar pada Jumaat.

Tasha turut berkongsi berita gembira di Instagram selepas membuat pemeriksaan doktor

Dalam pada itu kata Tasha, secara sejak kebelakangan ini juga anak sulungnya iaitu Raess Zander, 10, sering dilihat menghisap ibu jari kakinya.

“Ada juga orang yang mula perasan anak pertama saya asyik gigit ibu jari kaki.

Kata orang itu petanda nak dapat adik,” katanya.

Tasha sebelum ini turut berkongsi foto dia dan keluarga pergi bercuti di beberapa lokasi.

Saya hamil dalam tempoh bercuti itu. Syukur tidak ada sebarang masalah

TASHA SHILLA

PELAKON

Dia amat bersyukur percutian berkenaan tidak mendatangkan masalah kepada kandungannya.

“Banyak juga tempat kami lawati. Malah sejak Disember lalu kami sekeluarga sering bercuti.

“Saya hamil dalam tempoh bercuti itu. Syukur tidak ada sebarang masalah,” ujarnya.

Tasha sebelum ini pernah berhasrat untuk kembali aktif berlakon apabila anak pertamanya mencecah usia dua tahun.

Aktif berjalan ketika bercuti, Tasha bersyukur tidak ada sebarang masalah

Bagaimanapun niat tersebut terpaksa ditangguh lagi memandangkan dia kini berbadan dua.

“Keutamaan saya pastinya sekarang ini adalah untuk keluarga.

“Pernah terfikir untuk kembali berlakon apabila anak pertama mencecah usia dua tahun, tetapi rasanya terpaksa tangguh lagi,” katanya.

Tasha mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Atiq pada Februari 2020 dan mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Raess Zander yang kini berusia 10 bulan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Leave a Reply

Your email address will not be published.