(Video) Nak Servis Aircond, Abang Ni Terkejut Jumpa Anak Tikus Tengah ‘Berkampung’

Tak dinafikan bila ada anak-anak mesti akan ada sisa makanan yang tertumpah atau tertinggal di dalam kereta. Jadi, tak hairan lah kalau kereta tersebut menjadi tumpuan pembiakan lipas.

Namun, lain pula kisah kali ini apabila sebuah kereta yang dihantar untuk servis aircond menjadi ‘rumah’ kepada haiwan yang tidak diundang iaitu tikus.

Menerusi laman Tiktok, Sazlanfuzai menunjukkan video terdapat anak-anak tikus yang masih hidup berada di dalam aircond kereta berkenaan.

Bayangkan kalau kita tengah memandu, tiba-tiba muncul ibu tikus ini di depan cermin, mahu gelabah dibuatnya!

“Lepasni takse beli doh makanan kat trafik light…”

@sazlanfuzai Lepasni xse beli doh makanan kat trafik light#fyp ♬ bunyi asal – sazlan

Menurut warganet, kemungkinan anak tikus ini ada di dalam kereta tersebut bukan semata-mata berpunca daripada makan dalam kereta.

Ianya juga boleh disebabkan kerana pemilik meletakkan kenderaan di tempat yang berdekatan dengan sampah atau kawasan semak dan lalang yang sering menjadi tumpuan haiwan ini untuk membiak.

Sumber: Sazlanfuzai

Leave a Reply

Your email address will not be published.