“Bukan Kaleng-kaleng”- Ramai Teruja Lihat Pengantin Naik Helikopter Ke Majlis Resepsi

Hari Persandingan adalah detik kemanisan untuk sesebuah pasangan mencipta kenangan perkahwinan bersama Keluarga , sahabat, dan juga Rakan rakan. Indah nya detik Persandingan akan di kenang sampai akhir hayat bersama .

Hal ini samalah seperti perkongsian di akaun Tiktok @mattyie1. Beliau merupakan seorang photographer yang ditugaskan untuk merakam momen indah majlis persandingan pasangan pengantin yang menaiki helikopter.

Apa yang uniknya dia dapat merasai sekali pengalaman indah mengambi gambar diatas awan.

Detik indah ini dipercayai berlangsung di negeri Cik Siti Wan Kembang.

Menurutnya, helikopter tersebut disewa khas oleh pengantin lelaki untuk menuju ke majlis perkahwinan mereka.

Menerjah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kelainan yang ditonjolkan oleh pengantin tersebut kerana bukan calang-calang orang dapat menyewa helikopter untuk ke majlis resepsi.

Malah ada yang memasang impian untuk melakukan perkara yang sama semasa majlis resepsi mereka nanti.

  

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: TikTok @mattyie1

Leave a Reply

Your email address will not be published.