Foto dibuat poster peny4kit, tapi tuan badan anggap isu kecil… Pernah orang sunting hitam putih, letak ‘Al Fatihah’

NIAT asal mahu lebih 260,000 pengikut di Twitter membuat suntngan pada gambarnya, content creator yang dikenali sebagai Bangman tidak menyangka selepas itu berlaku kekec0han gara-gara sekeping fotonya yang telah disunting.

Gambar tersebut menunjukkan risiko ob3siti yang menyebabkan pelbagai peny4kit seperti str0k, ser4ngan j4ntung, di4betes, tek4nan d4rah tinggi, k4nser, s4kit sendi dan oste0arthritis, di mana imej Bangman diletakkan di tengah-tengah.

“Tak lawak, body shaming orang.”

“P4dam je lah, tak kelakar,” demikian antara komen-komen netizen yang mengkr1tik suntingan foto berkenaan yang dianggap tidak sensitif dan yang boleh menggvris perasaan orang lain.

Imej tersebut disunting daripada foto kempen kesedaran mengenai ris1ko obes1ti oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bercakap kepada mStar, Bangman berkata, dia bukan pertama kali meminta para pengikut mengedit gambarnya termasuk versi filter untuk tujuan hiburan dan jenaka di media sosial.

bangman edit 10

Foto kiri Bangman meminta pengikutnya menyunting gambarnya, (kanan) Bangman memberi respons terhadap salah satu foto yang disunting.

Namun, Bangman atau nama sebenarnya Muhammad Aiman Salim mengakui terkejvt melihat hasil foto yang telah disunting mengaitkan dirinya dengan risiko obesiti susulan posting yang dibuatnya di Twitter pada Jumaat.

“Pertama kali saya tengok gambar tu rasa sentap. Tapi lama-lama tengok, saya melihatnya sebagai isu kecil. Bila fikir secara positif, tak ada pun unsur menghin4 atau body shaming.

“Saya melihatnya sebagai satu kesedaran mengenai risiko obes1ti. Saya sendiri okay, tak berkecil hati,” kata pemuda berusia 26 tahun itu ketika dihubungi.

bangman edit 5

Antara foto Bangman yang diedit. sumber Twitter

Bangman yang juga mempunyai 616,000 pengikut di laman Instagram dan lebih 740,000 pengikut di aplikasi TikTok bagaimanapun menegaskan terdapat suntingan gambar-gambarnya yang lain yang boleh dianggap keterlaluan.

“Gambar saya pernah disunting dengan warna hitam putih dan ditulis Al-Fatihah, seperti seseorang yang telah meninggal dunia.

Gambar saya pernah disunting dengan warna hitam putih dan ditulis Al-Fatihah, seperti seseorang yang telah meningg4l dunia. Bagi saya foto sebegitu amat sensitif

BANGMAN

“Bagi saya foto sebegitu amat sensitif. Jangan mempermainkan hal kematian, agama dan tokoh-tokoh,” ujarnya yang berdepan dengan situasi tersebut beberapa kali.

Walau bagaimanapun, Bangman yang berasal dari Kajang, Selangor menghargai para pengikutnya dan meminta perkara tersebut tidak seharusnya diperbesarkan.

bangman edit 8

Salah satu gambar suntingan yang turut menjadi perhatian. sumber Twitter

Dalam pada itu, content creator bagi liputan media untuk telefon pintar itu turut melihat foto ‘risiko obesiti’ tersebut sebagai pendorong untuk dirinya mengurangkan berat badan.

Bangman yang berketinggian 185 sentimeter ini berhasrat untuk mengurangkan badan kerana dirinya bakal bergelar suami menjelang pertengahan tahun ini.

“Berat badan saya sekarang 150 kilogram, tapi sebelum ini pernah seberat 185kg. Bila nak kahwin ni sudah tentu saya berusaha untuk mengurangkan lagi berat badan.

“Harap misi saya ini dipermudahkan,” katanya sambil menambah bakal isterinya juga berusia 26 tahun dan berasal dari Batu Pahat, Johor.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.