Imbas Kembali, Puting Beliung ‘Gergasi’ Pernah Serang Kedah Pada 2014 Dahulu

Selepas banjir dan ribut, Malaysia diuji sekali lagi dengan ribut angin puting beliung yang melanda bumi Perak, semalam. Kejadian di Ipoh semalam tular di setiap penjuru media sosial.

Disebabkan itu, terdapat banyak rumah-rumah telah musnah dan ranap disebabkan impak kejadian tersebut. Namun, laporan terperinci mengenai mangsa serta kematian belum dilapor setakat ini.

Biasanya puting beliung ini kan selalu terjadi di benua Amerika. Mungkin juga kita sering tertanya-tanya, adakah kejadian puting beliung di Ipoh semalam adalah yang pertama kali berlaku dalam sejarah Malaysia?

Imbas kembali, mengeksplorasi laporan Awani, kejadian puting beliung ‘gergasi’ juga pernah berlaku di Kedah pada 12 November November 2014 dahulu. Difahamkan, 10 buah rumah di Kampung Sungai Nonang, Mukim Tebangau musnah ketika itu.

Memetik laporan itu, kejadian puting beliung tersebut memberi kesan besar kepada ramai penduduk di sekitarnya. Salah seorang mangsa yang pernah ditemuramah pemberita ketika itu ialah Che Tim Ahmad, 54 tahun (ketika itu).

Che Tim Ahmad berkata, beliau berasa sungguh terkejut dengan satu bunyi dentuman angin kuat yang mengangkat serta merosakkan bumbung rumahnya. Ia terjadi bukan dalam sejam, bukan 10 minit..tetapi hanya sekelip mata!

Difahamkan, menurut laporan itu lagi, turut berlaku satu lagi kejadian puting beliung yang turut digelar sebagai ‘belalai darat’ pernah menyerang Taman Wira Mergong di Alor Setar, Kedah.

Kejadian ketika itu dilapor telah meranapkan kira-kira 13 buah rumah. Malah daerah Pendang di Kedah juga turut menerima bencana yang sama dan telah menyebabkan kerosakan 14 buah rumah, selain 71 buah rumah turut musnah di Kota Setar.

Sumber: Imbasan laporan terdahulu Awani

Leave a Reply

Your email address will not be published.