Oyen Buat Muka Sedih Ikan Rebus Habis Raih Perhatian, “Siannya Muka Dia…”

Selain daripada makanan kucing, ada yang akan memberikan ikan kepada kucing mereka untuk menambahkan selera makan atau protein dalam diet mereka. Sama macam gelagat si oyen ini yang cukup suka apabila pemiliknya memberikan ikan rebus untuk dimakan.

Namun baru-baru ini, reaksi si oyen yang membuat muka sedih apabila ikan tersebut habis mencuit hati netizen. Malah video tersebut juga tular dikongsikan apabila ianya meraih lebih dari setengah juta tontonan setakat ini.

@tenangisawesome Nama Dia Chiby..Kuat Makan Ikan Rebus 🤣#kucinggendut #gendut #kucing #fyp #meow #anakbulus ♬ suara asli – JonGENDUT – Vinsca🧚🏻‍♀️

Di dalam video yang dikongsikan ini, pemilik kucing itu berkongsikan gelagat si oyen yang tidak dapat menahan kesedihannya apabila makanan kegemarannya itu sudah pun habis.

Apa yang menarik perhatian ramai ialah si oyen kekal tidak berganjak dan duduk di sebelah periuk ikan itu seperti sedang menunggu sesuatu. Menurut pemiliknya, ikan rebus itu telah pun habis diberikan tetapi si oyen masih setia menunggu di situ.

ikan

Lebih mencuit hati, reaksi sedih si oyen yang seakan-akan sedih dengan apa yang terjadi turut membuatkan netizen berdekah melihatnya. Walaupun matanya kelihatan seperti menangis, namun menurut pemiliknya itu adalah disebabkan masalah cacing yang dihidapi kucing itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama terhibur melihat reaksi sedih si oyen ini. Malah ada yang berseloroh mungkin juga kucing itu tidak dapat menerima hakikat makanan kegemarannya itu telah pun habis.

“Nangis ke.”

oyen

“Sama macam kucing ayah saya sis nak makan ikan rebus je benda lain tak nak makan.”

kucing

“Siannya muka dia…”

komen

“Muka sedih tu.”

tik tok

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.