Kerja syif malam, naik motor pula! S4yu lihat ibu muda bawa anak usia 9 bulan cari rezeki… tak semua bos OK, hanya ‘mak-mak’ yang faham

BERAT mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Baru-baru ini tular video mengenai ibu tunggal, Nur Haslinda Shahira Mohd Hashim, 21, yang terp4ksa membawa anaknya yang baru berusia sembilan bulan ke tempat kerja.

Menurut wanita itu yang bekerja syif malam di sebuah kedai serbaneka di Port Dickson, Negeri Sembilan ini, apa yang berlaku pada hari itu menyebabkan dia terp4ksa membawa anaknya ke tempat kerja.

“Saya kerja di 7-Eleven, nak ambil upah pengasuh tidak mampu. Mak ayah jual kuih, mereka hantar bekalan ke kedai-kedai makan saja tak ada kerja tetap jadi biasanya saya minta mereka tolong jaga anak saya.

Haslinda selalu bekerja syif malam di kedai serbaneka.

“Mengenai video yang dirakam, masa tu saya terp4ksa bawa anak ke tempat kerja sebab dia men4ngis tak berhenti. Dia tak s4kit cuma nak ada bau ibu di sebelah. Saya tak tahu nak buat apa untuk pvjuk dia.

“Sebenarnya manager tak bagi bawa anak ke tempat kerja. Tapi malam tu nasib baik dia benarkan selepas saya minta budi bicaranya,” ujarnya yang mesra disapa Haslinda.

Tak sangka ramai lagi yang mengalami nasib sama dengan saya.

HASLINDA

Bagaimanapun wanita ini mengakui suk4r untuk bekerja sambil menguruskan anaknya, Muhammad Adam Aadhif sejak berc3rai kira-kira enam bulan lalu hingga terp4ksa mendapatkan bantuan ibu bapanya .

Kata anak kedua daripada enam beradik ini, walau sesukar mana sekali pun dia tetap akan menjaga anaknya walaupun terp4ksa menanggung beb4n dalam membesarkan bayi lelakinya itu.

Menurut Haslinda, selepas berc3rai dia memutuskan untuk berusaha mencari rezeki sendiri dan mula bekerja di kedai serbaneka berkenaan tetapi hanya bertahan selama tiga bulan.

“Memang tidak dinafikan jadi single mom ni susah. Kos perbelanjaan bila ada anak pun besar. Tapi saat tengok wajah anak masa tidur, hati jadi sayu.

“Saya tak akan putus asa demi masa depan anak. Selagi mampu, saya akan terus mencari rezeki,” jelasnya yang kini menetap bersama keluarganya di Port Dickson dan turut membantu ibunya berniaga kuih.

Haslinda merupakan ibu tunggal yang tinggal bersama ibu bapanya.

Menceritakan mengenai insiden ketika bekerja di kedai serbaneka itu, jelas wanita yang berasal dari Sendayan, Negeri Sembilan ini, dia menaiki motosikal sambil membawa anaknya untuk ke tempat kerja yang terletak lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah.

Tambah Haslinda lagi, perkongsian video di TikTok itu hanya untuk simpanan peribadi namun tidak menyangka akan mendapat perhatian apabila ramai netizen yang mendoakan dirinya.

“Lepas saya post video di TikTok, tak sangka ramai lagi yang senasib dengan saya.

Anak Haslinda yang baru berusia 9 bulan.

“Ada juga yang minta tip macam mana boleh jaga anak sebab dalam video saya post tu anak tak meragam, dia tidur elok je,” katanya yang kini mencari pekerjaan baharu di kawasan Bandar Sri Sendayan, yang lebih dekat dengan rumah keluarganya.

Walaupun kini terpaksa mulakan kehidupan baharu, dia tetap bersemangat setelah menerima banyak kata-kata positif daripada orang di sekelilingnya.

Komen netizen:

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.