Penyanyi Ini Luah Rasa Kecewa Anak T4k Hensem Macam Suami

Penyanyi dangdut Indonesia, Lesty Kejora dikecam peminat apabila secara tidak sengaja meluahkan nyatakan kekecewaan kerana bayi sulungnya tidak mewarisi ketampanan suami, Rizky Billar.

Menurut laman berita Suara.com, kata-kata berbaur kecewa itu diluahkan ketika artis komedi Indonesia, Sule dan isterinya, Nathalie datang melawat anak pasangan itu.

Lesty berkata, anaknya yang diberi nama Muhammad Leslar itu lebih mirip dirinya yang dianggap biasa dan tidak setampan Rizky.

Lesty kecewa anaknya tidak setampan suaminya, Rizky Billar. – Tribunnews

“Biasa orang mencari pasangan untuk mendapat keturunan baik, ternyata anak saya lebih mengikut genetik saya berbanding bapanya,” kata Lesty.

Kenyataan Lesty dibantah Sule dan Nathalie yang mengatakan, wanita itu juga cantik serta anak mereka tetap comel tanpa mengira mirip siapa.

Namun kata-kata Lesty dikecam netizen yang menganggap wanita itu seperti tidak bersyukur dan kufur nikmat.

“Ada juga manusia seperti ini, sudah diberi rezeki anak tetapi tidak bersyukur malah, kecewa kerana anak tidak tampan,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Jangan kufur nikmat, kata-kata ibu itu satu doa yang tiada hijab,” komen seorang lagi.

Terdahulu,Bagi peminat-peminat dangdut dari negara seberang sudah pasti cukup mengenali gerangan Lesti Kejora dan juga suaminya iaitu Rizky Billar.

Sejak dari awal perkenalan pasangan ini sehinggalah sekarang, ada saja timbul kontroversi. Tak cukup dengan isu nikah siri, kini kandungannya yang dilahirkan tak cukup bulan turut dipertikaikan.

Demi keselamatan anak dan isteri, terpaksa lakukan kaedah caesarean di usia 34 minggu

Menerusi portal Suara, anak sulung kepada pasangan berkenaan yang dilahirkan pramatang walau bagaimanapun dianggap bertuah kerana tidak perlu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU). Jelas Lesti, ia berikutan bayi tersebut terus menangis dengan kuat sejurus dilahirkan

Tidak ada orang tua yang mahu anaknya terlahir pramatang

Akan tetapi, jauh di sudut hati artis berkenaan tetap terselit rasa sedih apabila melihat cahaya matanya itu dilahirkan tidak seperti bayi normal yang lain. Malah wanita tersebut terus menangis apabila si suami menceritakan situasi agak janggal tatkala perasan bayinya itu tidak muat untuk memakai baju yang sudah dibeli kerana bersaiz lebih kecil.

@utamirohim96 Jangan Jadi Perusak Mental Untuk Seseorang 🥺💔🙏 #lesty #lesti #rizkybillar #fypシ #fyp #lestikejora #takdircintaleslar #lestibawaakukepenghulu ♬ suara asli – utami96

Besar betul ujian dia, dahlah nikah siri lepas tu anak pula lahir awal…Bertambah orang fikir negatif

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut sedih melihat reaksi Lesti apabila mengenangkan keadaan anaknya. Dalam pada itu, ramai mengakui faham akan perasaan seorang ibu yang mempunyai seorang bayi pramatang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca,

Sumber – Agensi via K! Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Leave a Reply

Your email address will not be published.