Keletah Budak Comel Cuba Ditakutkan, “Betul Lawak Adek Ni”

Kehadiran anak-anak kecil dalam keluarga semestinya memberikan keceriaan dan kebahagiaan kepada orang tua mereka. Seakan yang memberikan sinar dengan pelbagai keletah mereka, kadang-kadang mereka ini cukup tulus dan menghiburkan.

Apatah lagi jika anak-anak ini mempunyai ragam tersendiri dan cukup bijak. Sama seperti keletah budak comel yang menjadi tular baru-baru ini. Dalam perkongsian tersebut kelihatan seorang lelaki cuba menakutkan kanak-kanak perempuan yang masuk ke dalam sebuah bilik.

Sebaik sahaja dia masuk, anak ini terus beristighfar kerana terkejut dengan ‘lembaga’ berkenaan. Malah apa yang dibuat oleh anak kecil ini kemudiannya juga telah membuatkan ramai tertawa melihatkannya.

Berikut adalah perkongsian rakaman keletah budak comel cuba ditakutkan yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun cikk_hellokitty_:

@cikk_hellokitty_ #Fypp #fypシ #fypdongggggggg ♬ bunyi asal – Indah Aydaa ❤

Alahai comel sungguhlah anak kecil ini! Perkongsian rakaman keletah budak comel cuba ditakutkan ini telah meraih lebih 3.7 juta tontonan dan 328 ribu likes. Rata-rata warganet terhibur menyaksikan adik comel ini dan meninggalkan reaksi mereka mengenainya di ruangan komen seperti berikut:

“Berani betul anak nya”

Budak Comel Cuba Ditakutkan 3

“Nanti besar boleh la jalan kubur malam malam. Bacakan doa kat ayah ataau mak. Orang lain takut dia tak”

Budak Comel Cuba Ditakutkan 4

“Baguslah tu makan hantunya kalau hantunya tak mau lari keluar haha”

Budak Comel Cuba Ditakutkan 2

“Betul lawak adek ni. Comel ja adik ni”

Budak Comel Cuba Ditakutkan 1

 

Leave a Reply

Your email address will not be published.